BREAKING NEWS

Friday, 9 June 2017

PPBM akan terkubur selepas PRU14


9 JUN: Parti yang bersifat ‘trending’ ataupun bermusim seperti PPBM tidak mampu bertahan lama kerana tiada hala tuju dalam perjuangan sebaliknya hanya berasaskan dendam.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan, berkata beliau yakin PPBM bukan saja tidak mampu memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), tetapi akan lenyap selepas itu.
Beliau berkata, PPBM tidak mempunyai asas perjuangan yang kukuh, sebaliknya ditubuhkan berdasarkan kepada kekecewaan dan dendam.
“Saya yakin parti ini akan terkubur tanpa nisan selepas PRU14,  seperti mana pernah berlaku terhadap parti Semangat 46 (S46) suatu masa dulu.
“Tun Dr Mahathir Mohamad hendak buat ‘come back’ pun tidak menjadi nampaknya dan kepemimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin juga semakin lemah.
“Parti ini bagi saya parti ‘trending’, semusim saja, selepas ini akan lenyaplah. Parti ini hanya fokus PRU14,” katanya.
Sohaimi berkata demikian dalam satu majlis di Kuala Lumpur, Khamis malam.
PPBM ditubuhkan selepas Muhyiddin disingkirkan daripada UMNO ekoran tindakannya yang tidak sehaluan dengan kepemimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menurut Sohaimi lagi sudah banyak faktor menunjukkan bahawa parti Bunga Raya ini akan berkubur.
“Sekarang ini kita lihat di peringkat akar umbi sudah mula meluahkan rasa tidak puas hati dan perpecahan jelas berlaku,” katanya.
 
Copyright © 2014 PenangKini.