BREAKING NEWS

Tuesday, 13 June 2017

Pulau Pinang Bakal Bangkrup, Perbelanjaan Tahunan Meningkat 500%, Pinjaman RM19billion

Pembongkaran demi pembongkaran  dilakukan kepada kerajaan Pulau Pinang sehingga  kepada  penjualan tanah- tanah kerajaan yang hanya menunggu hari untuk dihabiskan. Daripada 30% jumlah tanah kerajaan kini telah tinggal bawah dari 6% sahaja.

Mengapakah perkara ini berlaku, sebelum ini kerajaan DAP yang ditadbir oleh manusia yang bernama Guan Eng sentiasa mendabik dada bahawa dia diantara manusia yang cukup hebat dalam pentadbiran sehingga  setiap apa yang dilakukan oleh kerajaan pusat semuanya tidak betul.

Mungkin ramai yang tidak percaya bahawa kerajaan Pulau Pinang yang ada sekarang hanya menunggu masa sahaja untuk rebah dan menanggung defisit yang tinggi  dan berisiko untuk menuju ke arah sebuah negeri yang bangkrup.

Hal ini tidak  dapat disembunyikan lagi apabila perbelanjaan mengurus telah berkurangan sebanyak RM19bilion yang mana memaksa barisan Exco kerajaan Pulau Pinang  memutuskan untuk meminjam kewangan sebanyak RM19bilion  daripada sebuah bank di China.

Dengan ketiadaan tanah untuk dicagarkan apa yang tinggal lagi  untuk menampung liabiliti hutang yang akan memaksa mengistiharkan Pulau Pinang adalah sebuah negeri yang bakal bangkrup. Semua ini juga  dilihat apabila  perbelanjaan Negeri yang meningkat sehingga 500%.

YAB Lim Guan Eng terhadap kenyataan kami sebelum ini yang mengesahkan Kerajaan Pulau Pinang secara berterusan menaikkan kos operasi kerajaan negeri sejak DAP mengambil alih pentadbiran pada 2008. Kos operasi bagi tahun 2017 ialah 500 peratus daripada apa yang dibelanjakan pada 2008.

YAB Guan Eng turut mengakui perbelanjaan pentadbiran serta kos operasi yang tinggi adalah satu keperluan bagi memastikan projek dapat dilaksanakan. Tetapi projek yang bagaiman? Adakah projek demi kepentingan rakyat marhaen atau projek yang hanya untuk satu kelompok sahaja?

Ini bukan  masalah  rakyat, masalah rakyat sekarang ialah mereka sedang mempertikaikan terlalu banyak penggunaan dana awam  kepada projek yang  berprofil tinggi dan  tidak ada peningkatan kemajuan projek tersebut.

Projek ini seolah-olah satu lesen untuk kerajaan Guan Eng  merompak hak rakyat. Sebagai contohnya projek terowong dasar laut yang sudah hampir bertahun-tahun namun kertas kebolehlaksanaan tidak pernah siap walaupun bayaran telah dilakukan sebanyak RM100juta.

Agak menghairankan apabila kerajaan pusat hanya membelanjakan 30%  berbanding kerajaan negeri yang kini mencecah 500% di Pulau Pinang. Melalui jumlah peningkatan ini, apakah keperluan rakyat sudah semuanya dipenuhi.

Jika kita fikirkan secara matang, bagaimanakah kerajaan Pulau Pinang menjana pendapatan bagi menampung kenaikan  perbelanjaan tahunan sebanyak 500% yang mana  sentiasa mencatatkan lebihan?

Tiada jalan lain, maka kerajaan Pulau Pinang terus menghabiskan tanah-tanah kerajaan di Pulau Pinang dengan mengambil risiko untuk generasi akan datang yang tidak mampu lagi  untuk membina sebuah sekolah mahu pun hospital untuk rakyat  kerana ketiadaan tanah lagi.

Seperkara lagi, kerajaan Pulau Pinang terpaksa melakukan tindakan menaikkan  setiap jenis cukai yang membebankan rakyat berpuluh kali ganda untuk menampung “kebijaksanaan” DAP mentadbir sebuah negeri.

Perlu difikirkan terdapatnya agenda jahat DAP dari penjualan tanah serta aset kerajaan negeri, mengapa Kerajaan Pulau Pinang tidak boleh menjual sebidang tanah lagi yang bernilai RM1 bilion bagi mengelak meminjam dari Bank EXIM di China yang akan turut melibatkan kos faedah?

Adakah dengan menjual aset kerajaan negeri yang semakin berkurangan bagi menampung kenaikan perbelanjaan tahunan yang besar boleh dianggap sebagai satu tadbir urus yang baik bagi jangka masa panjang?

Adakah kerana sekarang ini tiada lagi tanah kerajaan negeri yang bernilai untuk dijual sebagaimana dinyatakan oleh Exco Pulau Pinang, YB Chow Kon Yeow baru-baru ini?

Kenyataan YB Chow kepada The Edge pada 22 Julai 2016 adalah tepat dengan menyatakan kos projek Pelan Induk Pengangkutan Awam (PMTP) Pulau Pinang telah meningkat dari RM27 bilion kepada RM46 bilion, yang menyaksikan peningkatan sebanyak RM19 bilion.
 
Copyright © 2014 PenangKini.