BREAKING NEWS

Wednesday, 21 June 2017

Qibla (Kiblat) Finder With Google Aplikasi Dibangunkan Berasaskan Teknologi Google Maps Lebih Tepat

"Google Qibla"

Jika zaman dahulu amat sukar untuk menentukan arah kiblat, kini pelbagai aplikasi yang muncul di play store dan google store. Kebanyakan aplikasi kiblat ini memiliki banyak pepijat, bug dengan kata lain guna sekejap terus terkeluar, memerlukan data yang lebih apabila aplikasi disarankan untuk diupdate.Aplikasi yang membabitkan mobil ini memerlukan 'developer' yang boleh dipercayai. Salah satunya apps dari google.


Google Apps : Qibla Finder for Muslim

Pada Ramadhan kali ini, google telah menghadiahkan kepada umah islam seluruh dunia dengan aplikasi terbaharu mereka, QiblaFinder. Konsepnya senang, sebagai salah satu upgrade dari aplikasi google maps yang sudah sedia ada. Menjadikan Kaabah di Makkah, Arab Saudi sebagai reference, dan lokasi dengan lokasi anda sekarang dengan memastikan gps 'your location' anda terpasang.Semua kerana carian di google search yang tular dengan carian kiblat maka pihak Google's  product marketing manager di Timur Tengah dan utara Afrika telah membangunkan aplikasi ini. 


Lebih mudah dan lebih effisien.Masih belum diletakkan di dalam Google Store atau Play Store, pengguna boleh menggunakan aplikasi ini dalam versi dekstop. Lawati qiblafinder.withgoogle.com untuk menggunakannya. Google menggunakan Google locations dan aplikasi kompas digital untuk memberi arah Kaabah di Makkah kepada kedudukan pengguna aplikasi ini dengan menggunakan garisan biru.

Pusingkan gadget anda menghadap garisan biru tersebut, dan anda sudah menghadap kiblat. Pastikan gps location anda sudah terpasang dan sambungan internet yang mantap untuk mengelakkan 'lagging' ataupun ketepatan yang salah. Aplikasi ini disertakan juga dengan jarak Kaabah dengan tempat anda menggunakannya dalam kilometer 

Memandangkan aplikasi ini menggunakan 'internal compass' pada smartphone anda, maka pastikan compass dalam smartphone, atau tablet dalam keadaan betul-betul sudah ditala dengan betul dan tepat. Kita tidak menyebut akan compass bagi desktop atau PC anda kerana amat sukar untuk mengangkat PC anda untuk selaras dengan arah kiblat, mungkin badang mampu.Aplikasi QiblaFinder sesuai dengan semua jenis gadget android dan belum masih boleh digunakan oleh pengguna IOS.

Bagi pengguna android yang lebih sesuai dengan aplikasi ini, penggunaan kamera pada telefon memudahkan lagi arah menghadap, namun mungkin akan ada penambahbaikan dari google untuk aplikasi ini pada telefon androind atau IOS yang kurang kecanggihan sistem 'gyro'nya.

We use the location of Kaaba (Lat 21.4224779 Long 39.8251832) and your current location (provided by GPS or manually) to determine the most direct route between two points on the globe, also known as the great-circle distance.
- Google, QiblaFinder Developer

Jika dahulu ada yang mencadangkan arah kiblat berpandukan arah piring satelit astro, [Lihat Pautan: Kiblat dan Piring Astro] dan membuat ujikaji ijma' (matahari di atas kaabah) sendiri, namun dengan bantuan Google yang berasaskan Google Maps, ketepatan arah kiblat boleh dikurangkan ralatnya, tanpa mengambil kira kelajuan satelit milik Google dan ralat signal yang datang ke bumi.
 
Copyright © 2014 PenangKini.