BREAKING NEWS

Monday, 5 June 2017

Siapa Dr Ooi Kee Beng dari ISEAS Singapura yang dilantik pengarah Eksekutif PENANG INSTITUE ?







Apakah kita hairan jika Timbalan Pengarah badan Pemikir Singapura iaitu The Institute of Southeast Asian Studies ( ISEAS) dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Penang Institute?

ISEAS badan pemikir Singapura yang dijenamakan semula dengan nama Yusof Ishak Institute bagi mengaburi rakyat Singapura.

Hubungan pemimpin Singapura dengan DAP Pulau Pinang memang sangat rapat sehingga Lee Kua Yew pun pernah melawat Pulau Pinang.

2 Jun lalu Lim Guan Eng dalam facebook rasminya mengumumkan Dr Ooi Kee Beng sebagai Pengarah Eksekutif yang baharu Penang Institute.

https://www.facebook.com/cmlimguaneng/photos/a.134876826542427.20241.127235530639890/1674083095955118/?type=3

Jasa terbesar Dr Ooi Kee Beng ialah menulis buku mengenai Lim Kit Siang. Kepakarannya dalam Pengajian Kebudayaan Cina dan politik Malaysia akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk DAP Pulau Pinang. Dasar menindas Singapura terhadap Melayu Singapura bakal diguna pakai di Pulau Pinang bagi mempercepatkan agenda meminggirkan Melayu Pulau Pinang. Tujuan dan asas utama ialah mengukuhkan Cina DAP di Pulau Pinang.

Lim Guan Eng sebelum dipenjarakan kerana kes rasuah mahu mempercepatkan dasar Cinanisasi DAP mencontohi PAP Singapura. Lim Guan Eng tidak kisah lagi, apanyang perlu dia lakukan ialah bertindak cepat untuk melakukan apa sahaja ketika ada kuasa.

Lantaran itu Lim Guan Eng banyak menjual tanah-tanah kerajaan kepada syarikat Singapura dan terbaru tanah di Leburaua Peel kepada Island Hospital Sdn Bhd milik Singapura semurah RM156 juta sahaja dengan hanya pendahuluan RM30 juta. Ahli Lembaga Pengarah Island Hospital Sdn Bhd adalah Tan Poay Seng anak proksi Lim Guan Eng Tan Sri Tan Kok Ping yang juga ahli lembaga pengarah City Development Limited berpengkalan di Singapura.

Sekarang Lim Guan Eng melantik warga Singapura mengetahui badan pemikir Pulau Pinang itu untuk merancang sesuatu di Pulau Pinang. 

SUMBER : Wa Sengat Lu
 
Copyright © 2014 PenangKini.