“JMPP faham bahawa arahan ini juga bermaksud penganjur tidak boleh menganjurkannya di negeri-negeri lain selain Melaka. JMPP menggesa pihak PDRM agar meneruskan siasatan ke atas penganjur yang membelakangkan Perlembagaan serta sensitiviti umat Islam.
Kita hendak tahu siapakah dalang di belakang penganjur dan apa hubungan penganjur dengan entiti haram Israel sehingga berani menganjurkan satu program yang meraikan sebuah negara haram yang tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Malaysia. ” JMPP turut memberi peringatan kumpulan pelampau evangelis kristian agar mereka hendaklah berhenti dari menganjurkan program-program yang berlawanan dengan Perlembagaan Persekutuan.
“Belajarlah menghormati Islam sebagai agama negara ini seperti yang termaktub dalam artikel 3(1) Perlembagaan Persekutuan,” tegasnya lagi. Ustaz Mohamed Hafiz juga merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ir. Haji Idris bin Haron, SS Mufti Melaka Datuk Hj. Abdul Halim bin Tawil dan NGO Islam dan Melayu yang turut serta menyatakan bantahan dan memberikan respons pantas kepada isu tersebut.
SUMBER : Menara.my