BREAKING NEWS

Tuesday, 13 June 2017

siasatan kes pemandu Uber dipukul kerana dakwaan cabul selesai


Polis sudah melengkapkan kertas siasatan kes seorang pemandu Uber yang cedera dipukul sekumpulan lelaki selepas didakwa mencabul wanita Vietnam di Paya Terubung di sini, baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Anuar Omar berkata kertas siasatan itu akan dirujuk kepada timbalan pendakwa raya esok dengan cadangan mereka yang terlibat didakwa di mahkamah.

Katanya 6 lelaki berusia 29 hingga 40 tahun yang direman sehingga hari ini bagi membantu siasatan kes pukul pemandu Uber itu dibebaskan dengan jaminan polis.

Beliau berkata pemandu Uber berusia 29 tahun pula akan tamat reman esok manakala wanita Vietnam berumur 43 tahun kini masih direman imigresen kerana masih dalam siasatan untuk mendapatkan laporan pasportnya.

Wanita Vietnam yang didakwa mangsa dalam kes itu masih direman imigresen untuk mendapatkan laporan pasportnya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang Selasa itu, pemandu berkenaan dibelasah lebih 10 lelaki selepas didakwa membuka seluar dan menarik tangan mangsa supaya memegang kemaluannya ketika membawa wanita berkenaan dari Lintang Paya Terubong ke Agryll Road, Georgetown.

 
Copyright © 2014 PenangKini.