BREAKING NEWS

Sunday, 4 June 2017

Zaqhwan Raih Podium Di Suzuka

Pelumba motosikal negara, Md Zaqhwan Zaidi berjaya mencatat sejarah menaiki podium pertama dalam kariernya di Litar Suzuka apabila menamatkan Perlumbaan 1 di tangga ketiga dalam pusingan ketiga Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) pada Sabtu.
Pelumba Musashi Boon Siew Honda Racing yang memulakan perlumbaan dari petak ketujuh itu menamatkan 13 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 28 minit 57.346 saat untuk berada di belakang pelumba Australia, Anthony West (Akeno Speed Racing) yang memenangi perlumbaan dengan masa 28 minit 56.056 saat.

Yuki Ito yang pada satu ketika mendahului perlumbaan terpaksa berpuas hati di kedudukan kedua dengan hanya dibezakan 0.084 saat.

Seorang lagi pelumba negara, Azlan Shah Kamaruzaman (Manual Tech KYT Kawasaki Racing), yang memulakan perlumbaan di petak kedua sekadar menamatkan saingan di kedudukan keempat meskipun berjaya mendahului kedudukan di peringkat awal perlumbaan.

Bagi Zaqhwan, dia berpuas hati dengan kemenangan ini, namun sedikit kecewa kerana gagal untuk memungut lebih banyak mata untuk merapatkan jurang kedudukan pendahulu.

“Perlumbaan hari ini sangat menarik dan sengit. Semua pelumba kelompok hadapan memberikan saingan sengit dan saling bertukar kedudukan.

“Setiap kesilapan yang dilakukan akan digunakan oleh pelumba lain untuk berada di hadapan. Walaupun beraksi dengan kaki yang tercedera, saya masih mampu memberikan aksi terbaik.

“Podium pada hari ini juga merupakan podium pertama saya di Litar Suzuka sepanjang saingan ARRC.

“Saya bersyukur dan berharap dapat memperoleh keputusan lebih baik dalam Perlumbaan 2 esok,” kata Zaqhwan yang naik ke tangga kedua keseluruhan dengan 70 mata.

Azlan Shah kekal mendahului kedudukan keseluruhan dengan mengumpul 96 mata manakala Taiga Hada (Rama Honda) yang mengakhiri perlumbaan di tempat keenam turun ke tangga ketiga dengan 65 mata.

Dalam saingan Asia Production 250cc, pelumba Indonesia, Gerry Salim (Astra Honda Racing), meraih kemenangan keempat daripada lima perlumbaan untuk mendahului senarai keseluruhan dengan 100 mata.

Gerry menamatkan lapan pusingan perlumbaan dengan masa 20 minit 01.909 saat, mengatasi pencabar utama, Takehiro Yamamoto (Sindrap Honda Ikazuchi), yang berada di tangga kedua manakala tempat ketiga milik Tomoyoshi Koyama (Rama Honda).

Gerry mendahului kedudukan keseluruhan dengan 100 mata, diikuti Yamamoto dengan 94 mata dan rakan sepasukan Gerry, Rheza Danica Ahrens, ketiga dengan 73 mata.

Sementara itu, dalam saingan Underbone 150cc, pelumba negara, Md Akid Aziz, kekal di tangga teratas keseluruhan dengan mengumpul 85 mata setelah muncul naib juara Perlumbaan 1 dengan masa 16 minit 05.358 saaat.

Wahyu Aji Trilaksana (Yamaha Racing Indonesia) muncul juara dengan masa 16 minit 05.294 saat dan berada di tangga kedua keseluruhan dengan 70 mata.

Rakan sepasukan Akid, Md Haziq Fairues, melengkapkan kedudukan podium dengan masa 16 minit 06.228 saat untuk naik ke tangga keempat keseluruhan dengan 57 mata.

Tangga ketiga milik Md Izzat Zaidi Salehan (RCB Kage Motobatt Yamaha YY Pang) yang menamatkan perlumbaan di tangga keenam dengan 61 mata.

Keputusan Perlumbaan 1

SuperSports 600cc
1. Anthony West (AUS) Akeno Speed Racing 28’56.056s
2. Yuki Ito (JPN) Yamaha Racing 28’56.140s
3. Md Zaqhwan Zaidi (MAS) Musashi Boon Siew Honda Racing 28’57.346s
4. Azlan Shah Kamaruzaman (MAS) Manual Tech KYT Kawasaki Racing 28’57.663s
5. Ikuhiro Enokido (JPN) Moto Bum Honda 28’58.614s

Kedudukan Keseluruhan
1. Azlan Shah Kamaruzaman (MAS) Manual Tech KYT Kawasaki Racing 96 mata
2. Md Zaqhwan Zaidi (MAS) 70 mata
3. Taiga Hada (JPN) Rama Honda by NTS T.Pro Ten 10 65 mata
4. Yuki Ito (JPN) Yamaha Racing 63 mata
5. Ahmad Yudhistira (INA) Manual Tech KYT Kawasaki Racing 51 mata

Asia Production 250cc
1. Gerry Salim (INA) Astra Honda Racing Team 20’01.909s
2. Takehiro Yamamoto (JPN) SIDRAP HONDA IKAZUCHI Racing 20’01.978s
3. Tomoyoshi Koyama (JPN) RAMA Honda 20’02.415s
4. Rheza Danica Ahrens (INA) Astra Honda Racing Team 20’02.586s
5. Muklada Sarapuech (THA) AP Honda Racing Thailand 20’13.305s

Kedudukan Keseluruhan
1. Gerry Salim (INA) Astra Honda Racing Team 100 mata
2. Takehiro Yamamoto (JPN) SIDRAP HONDA IKAZUCHI Racing 94 mata
3. Rheza Danica Ahrens (INA) Astra Honda Racing Team 73 mata
4. Anupab Sarmoon (THA) YAMAHA Thailand Racing Team 72 mata
5. Tomoyoshi Koyama (JPN) RAMA Honda 57 mata

Underbone 150cc
1. Wahyu Aji Trilaksana (INA) Yamaha Racing Indonesia 16’05.294s
2. Md Akid Aziz (MAS) Uma Racing Yamaha Maju Motor 16’05.358s
3. Md Haziq Md Fairues (MAS) Uma Racing Yamaha Maju Motor 16’06.228s
4. Anggi Setiawan (INA) Yamaha Yamalube WR KYT TJM RACETECH Racing 16’11.606s
5. Md Adib Rosley (MAS) RCB Kage Motobatt Yamaha YY Pang Racing 16’11.753s

Kedudukan Keseluruhan:
1. Md Akid Aziz (MAS) UMA Racing Yamaha Maju Motor 85 mata
2. Wahyu Aji Trilaksana (INA) Yamaha Racing Indonesia 70 mata
3. Md Izzat Zaidi (MAS) RCB KAGE Motobatt Yamaha YY Pang Racing 61 mata
4. Md Haziq Md Fairues (MAS) UMA Racing Yamaha Maju Motor 57 mata
5. Anggi Setiawan (INA) Yamaha Yamalube WR KYT TJM RACETECH Racing 49 mata

Sumber :-Stadium ASTRO
 
Copyright © 2014 PenangKini.