BREAKING NEWS

Monday, 31 July 2017

Jom ke Georgetown Herittage Chocolate

Anugerah palsu bukti kegagalan prinsip CAT

500 penduduk Kampung Mutiara pertahan rumah daripada diroboh

Hampir 500 penduduk perkampungan Melayu, Kampung Mutiara, Batu Feringghi di sini hari ini berhimpun secara aman bagi membantah usaha meroboh kediaman mereka selepas mahkamah mengeluarkan perintah berkenaan 17 Februari tahun lalu.

Mereka yang mendiami kawasan ini sejak lebih 50 tahun lalu diarahkan keluar dari kawasan ini selepas tanah berjaya dibeli seorang lelaki berketurunan Cina dari Selangor, Peter Loke Leng Seak, 60-an.


Penduduk turut meletakkan beberapa batang pokok dan kereta di laluan utama masuk kampung tersebut sebagai usaha menghalang pihak tertentu merobohkan rumah mereka.

Seorang penduduk, Saaiyah Mat Isa, 94, berkata, dia berasa terkilan dengan Kerajaan DAP Pulau Pinang yang sering menjanjikan akan membela nasib mereka daripada diusir.

Terdahulu, Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari yang hadir memberitahu akan membuat laporan polis bagi menangguhkan perobohan rumah tetapi tindakan berkenaan dipersoalkan kerana memberikan janji sama beberapa tahun lalu. - UTUSAN ONLINE




Hati-hati jangan halalkan zina, Harussani bidas Asri

Tan Sri Harussani Zakaria hari ini mempersoalkan Mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin kerana menyokong keputusan Mahkamah Rayuan untuk membenarkan anak luar nikah dibinkan nama bapa kandung, dengan berkata ia boleh menjurus kepada menghalalkan zina.
“Pendapat mufti Perlis ini menghalalkan zina. Benda yang diputuskan sejak berzaman tidak boleh ubah, sebab ia berasaskan Al-Quran, hadis, ijma (persetujuan) ulama. Kenapa kita nak melawan hadis?” soal mufti Perlis itu.

“Saya harap ulama ini harus berhati-hati, kita pakailah ijma yang telah dibuat berkurun lamanya. Orang yang buat hukum bukan sembarangan tapi berasakan Al-Quran dan hadis, ijma dan juga kajian,” katanya ditemui pemberita pada sebuah acara yang turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.


Beliau mengulas kenyataan Asri yang mengalu-alukan penghakiman oleh Mahkamah Rayuan yang diterbitkan 25 Julai lalu, di mana hakim Datuk Abdul Rahman Sebli berkata Jabatan Pendaftaran Negara bertindak di luar kuasanya apabila ia menggunakan “bin Abdullah” untuk mendaftarkan seorang kanak-kanak yang diberikan taraf luar nikah ketika kelahirannya disebabkan tidak cukup syarat yang ditetapkan oleh fatwa.

“Kami percaya Islam tidak membenarkan penghinaan secara terbuka terhadap kanak-kanak yang tidak bersalah,” kata Abdul Rahman dalam penghakimannya yang mempersoalkan amalan meletakkan nama “Abdullah” sebagai nama bapa anak luar nikah.

Dalam responnya, Asri berkata keputusan mahkamah itu selari dengan sifat agama Islam sebagai rahmat sekalian alam.
“Semoga keputusan Mahkamah Rayuan itu menutup keaiban, memberi peluang insan bertaubat, tidak menghukum anak yang tidak bersalah dan ke arah menghindarkan mentaliti ‘Islam agama hukuman’,” tulis Asri dalam Facebook beliau.

Bagaimanapun, Harussani berkata Mahkamah Rayuan jelas membelakangkannya Perlembagaan Persekutuan yang mengangkat Islam sebagai agama rasmi Malaysia.
Beliau berkata umat Islam perlu berpegang teguh kepada ajaran Islam dan tidak terpedaya dengan mana-mana perundangan lain yang menyentuh Islam.

“Dalam perlembgaan kita agama Islam yang dipakai, jadi kenapa mereka nak nafikan keputusan fatwa dan telah digazetkan, keputusan itu mengikat JPN, dia mengikat semua, itu sudah ada dalam perlembagaan, macam mana Mahkamah Rayuan sendiri tidak terikat dengan fatwa?” katanya.
Harussani berkata pandangannya bukan menghina Mahkamah Rayuan, sebaliknya berkaya keputusan mahkamah itu yang “menghina Islam,m enghina perlembgaan, menghina fatwa”.

Perobohan Kampung Mutiara ditangguhkan selama 3 bulan.

Penafian Anugerah Palsu oleh datuk bandar Pelik & janggal - Datuk Seri Zainal Abidin

Umno Pulau Pinang menyifatkan pelik dan janggal untuk datuk bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) menafikan wang pembayar cukai digunakan dalam membayar yuran penyertaan kepada sebuah badan meragukan di United Kingdom yang didakwa menawarkan anugerah palsu, pada 2013 dan 2014.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman merujuk pengakuan Datuk Maimunah Mohd Sharif, semalam yang MBPP dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) membayar RM39,088.10 kepada Europe Business Assembly (EBA), bukannya untuk membeli anugerah itu, sebaliknya sebagai yuran penyertaan.
“Bukankah pengakuan beliau yang MPPP (Majlis Perbandaran Pulau Pinang kini dikenali MBPP) dan MPSP telah membuat pembayaran kepada EBA untuk menyertai anugerah tersebut adalah satu pengakuan wang pembayar cukai telah digunakan untuk tujuan itu?
“Saya juga berpandangan wang pembayar cukai 2 PBT terlibat turut digunakan untuk menghantar wakil MPPP dan MPSP untuk menghadiri majlis-majlis anugerah yang berlangsung di Montreux, Switzerland pada 2013 dan Stresa, Itali pada 2014,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, Zainal yang juga pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan
Negeri Pulau Pinang menasihatkan 2 pihak berkuasa tempatan (PBT) itu lebih berhati-hati pada masa depan apabila ditawarkan anugerah dan pengiktirafan oleh pihak luar.
“Kontroversi ini menunjukkan slogan CAT (cekap, akauntabiliti dan telus) yang digahkan kerajaan Negeri Pulau Pinang gagal dipraktikkan MPPP dan MPSP sehingga mereka terlibat dalam satu ‘scam’ bertaraf antarabangsa yang memalukan seluruh rakyat Pulau Pinang.”
Katanya, lebih baik MBPP dan MPSP memfokuskan perkhidmatan terbaik kepada rakyat Pulau Pinang daripada membelanjakan wang pembayar cukai untuk mengejar anugerah kerana pengiktirafan lebih penting datang daripada rakyat yang berpuas hati dengan perkhidmatan diberikan 2 PBT itu.
Semalam, Maimunah dilaporkan berkata, MPPP dicalonkan menerima anugerah “Best Cities” dan “Best Municipal Manager” dengan yuran penyertaan RM20,680 pada 2013, manakala MPSP dicalonkan anugerah ‘Best City’ dan ‘Best City Manager’ dengan yuran penyertaan RM18,408.10 pada 2014.
Beliau berkata, mereka tidak tahu EBA ialah badan antarabangsa yang mengaut keuntungan melalui penjualan anugerah dan sijil palsu kerana tiada perkara mencurigakan ketika mereka menerima anugerah itu.


“Kami tidak menyedari sebarang perkara mencurigakan kerana bukan 2 PBT dari Pulau Pinang sahaja, PBT lain serta institusi pengajian tinggi, agensi kerajaan, orang ternama dari sektor swasta dan awam turut menerima anugerah EBA, malah bersama kami menerima anugerah itu.”
Katanya, beliau dan Datuk Bandar MPPP ketika itu, Datuk Patahiyah Ismail mendapat kebenaran kerajaan Pulau Pinang untuk menghadiri majlis penganugerahan itu di luar negara.
Beliau berkata, demi menjimatkan wang pembayar cukai, mereka membeli tiket kelas ekonomi, walaupun dibenarkan memilih tempat duduk kelas perniagaan.
“Jika itu ialah anugerah palsu, saya minta maaf. Lain kali jika mahu menyertai atau dicalonkan sebarang anugerah, kami akan lebih berhati-hati,” kata Maimunah.
The Times melaporkan EBA mengiklankan dirinya sebagai sebuah institusi Oxford untuk menjual “hadiah palsu” seperti “Anugerah Socrates Antarabangsa” dan “Anugerah Peringatan Permaisuri Victoria” sehingga £9,300 (RM52,000).
Laporan itu mendakwa EBA dikendalikan ahli perniagaan Ukraine yang menyasarkan syarikat dan pertubuhan di negara membangun dengan menjaja nama Universiti Oxford.
Universiti Oxford bagaimanapun menafikan mereka ada kaitan dengan EBA

Sumber : FMT

BN tidak anak tirikan Pulau Pinang - Johari Ghani

Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah mengabaikan tanggungjawab untuk memberikan pembangunan infrastruktur kepada Pulau Pinang walaupun pentadbiran negeri itu kini dipimpin oleh pembangkang, kata anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Beliau berkata asas fundamental di Pulau Pinang dibina oleh kerajaan BN terdahulu dan kini dinikmati oleh parti pembangkang yang mengambil alih pentadbiran sejak 2 penggal ini.
“Kita tidak anak tiri mana-mana negeri yang mempunyai potensi untuk berkembang, contohnya dalam konteks Lapangan Terbang Pulau Pinang.
“Ia telah mencapai peringkat agak kritikal setelah kapasiti penumpang sekarang sudah mencapai 6.7 juta dan kami sedang melihat bagaimana nak perluaskan lapangan terbang ini,” katanya ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Bayan Baru di sini, hari ini.
Katanya, BN tidak buat politik yang menahan pembangunan, selagi pembangunan boleh memanfaatkan masyarakat, kerajaan pusat akan terus memberikan bantuan yang sepatutnya.

“Pembangkang suka cakap ‘straight foward’ dan tiada fakta sehingga kadang-kadang kita malas nak layan. Namun lihat di Pulau Pinang, mereka sudah mentadbir sejak 2008, tetapi apa yang mereka lakukan? Mereka hanya ‘mencantikkan’ pelbagai dasar diperkenal BN sahaja,” katanya.
Sementara itu, Johari yang juga Menteri Kewangan II berkata pembangkang tidak mempunyai asas dalam memberikan janji untuk menghapuskan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
Beliau berkata dalam politik, janji memang mudah dilafazkan tetapi rakyat juga mahu tahu bagaimana ia akan dilaksanakan.
“Pembangkang harus menyatakan bagaimana mereka mahu mengimbangi defisit bajet dan bagaimana mahu membiayai projek infra kerajaan yang sedang berlangsung untuk kepentingan rakyat dengan pemansuhan pendapatan RM41 bilion daripada GST,” katanya.
Beliau juga berkata kerajaan kini menyasarkan peningkatan kadar Keluaran Dalam Negeri Kasar sebanyak RM2 trilion dalam 2 tahun lagi, berbanding RM1.2 trilion yang dilaporkan sekarang.

Sunday, 30 July 2017

Siasat Dr Mahathir sekarang, Hishammuddin cabar pembangkang

Pakatan Harapan perlu memulakan siasatan ke atas Tun Dr Mahathir Mohamad sekarang jika mereka benar-benar memperjuangkan keadilan dan bukan menunggu sehingga selepas Pilihan Raya Umum ke-14, kata Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
“Apa yang menjadi tanda tanya kenapa nak tunggu menang pilihan raya? Sudah nampak ada percanggahan, kalau menang siasat, kalau kalah sepakat, itu tidak masuk akal,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno bahagian Setiu di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden PH, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang bersetuju menubuhkan suruhanjaya bagi menyiasat tuduhan terhadap Dr Mahathir sepanjang menjadi perdana menteri selama 22 tahun.
Bagaimanapun, Dr Wan Azizah berkata, ia hanya dapat dilakukan sekiranya PH berjaya menumpaskan Barisan Nasional (BN) pada PRU14.
Mengulas lanjut, Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan dan Menteri Tugas-tugas Khas berkata ia berbeza dengan kerajaan BN yang menjalankan siasatan terhadap sesuatu isu seperti 1MDB yang melalui pelbagai siasatan sebelum ini.

Dalam pada itu, Hishammuddin berkata pihaknya menerima maklum balas positif jentera di peringkat bahagian, cawangan dan pusat daerah mengundi (PDM) terhadap manual PRU14.
Beliau yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Penyediaan Manual PRU14 berkata manual berkenaan menumpukan kepada gerakan lebih tersusun dan bersasar berbanding gerak kerja pada PRU13 lalu.
Mengenai calon pada PRU14, Hishammuddin mengingatkan wakil rakyat Umno dan BN untuk turun padang membantu rakyat bagi dipilih semula sebagai calon.
Katanya, pemilihan calon merupakan hak Perdana Menteri dan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak melalui metadologi tertentu yang terbukti pada pilihan raya negeri Sarawak, pilihan raya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar yang lalu.
“Saya setuju dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) supaya kita tidak perlu melobi, yang penting kita turun padang dan majoriti rakyat terima, jadi pimpinan tertinggi tahu kita boleh dicalonkan semula,” katanya.

Kajian terowong dasar laut, jambatan ketiga belum diterima

Zahid setuju JPN fail rayuan isu ‘bin Abdullah’


Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersetuju dengan tindakan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), yang melalui Jabatan Peguam Negara memfailkan rayuan terhadap kes anak tidak sah taraf orang Islam ke Mahkamah Persekutuan.
Beliau berkata, pada masa ini, JPN menjalankan tugasnya selaras keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang tidak membenarkan anak tidak sah taraf dibin atau dibintikan dengan nama lelaki yang mengaku bapa mereka.
“Kita tahu hukum tetap hukum. Kementerian Dalam Negeri khususnya JPN patuh kepada keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan. Oleh itu, kita merayu semula kepada mahkamah lebih tinggi agar keputusan itu (Mahkamh Rayuan) dibatalkan kerana anak sah taraf sahaja yang dibolehkan dibinkan dengan bapanya.
Advertisement

“Namun, dalam keadaan ini, kita menghormati anak itu yang dilahirkan tidak berdosa. Anak-anak dilahirkan seperti kain putih ibu bapanya yang mencoraknya dengan pelbagai warna,” katanya pada majlis ramah mesra Aidilfitri Malabari di Selayang, dekat sini, malam ini.
Dalam hal ini, beliau berkata, umat Islam perlu bersatu memastikan mana-mana keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan tidak dicabar pihak atau sistem perundangan lain.
Pada Khamis, Mahkamah Rayuan dalam penghakimannya membenarkan rayuan dikemukakan pasangan yang memfailkan semakan kehakiman untuk memaksa ketua pengarah JPN menggantikan nama anak mereka berbin atau berbinti Abdullah dengan nama bapa kanak-kanak itu dalam sijil kelahiran.
Pada Jumaat pula, Ketua Pengarah JPN, Datuk Mohd Yazid Ramli dilaporkan berkata, sebarang pindaan terhadap pelaksanaan semasa hanya akan dipertimbangkan selepas keputusan Mahkamah Persekutuan diperoleh dan sebarang tindakan JPN sekarang selaras keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki juga meminta peguam negara mewakili kerajaan persekutuan membawa kes itu untuk rayuan di peringkat Mahkamah Persekutuan, dan dibahas secara holistik bagi mempertimbangkan kes tanpa sekali-kali membelakangi hukum dan prinsip Islam yang menjadi teras negara selama ini, sebagaimana terpateri dalam Perlembagaan.
Zahid berkata, walaupun berbeza pandangan politik dan mempunyai pelbagai latar belakang pendidikan dan kerjaya, umat Islam di negara ini perlu bersatu mempertahankan hal ehwal dan hukum agama Islam.
“Oleh yang demikian, jika ada pihak di luar sana atau di dalam yang mahu memecah belahkan kita, kita mesti bersatu.
“Bukan untuk menentang agama lain, tetapi jangan campur hal ehwal agama Islam, biar orang Islam yang menguruskan hal ehwal Islam,” katanya.
Dalam ucapannya, Zahid turut mengumumkan peruntukan RM1 juta kepada Gabungan Persatuan Malabari Malaysia yang akan digunakan untuk membangunkan sebuah dewan serba guna di Kompleks Surau Malabar Hidayatul Islam Selayang.
Turut hadir Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Presiden Gabungan Persatuan Malabari Malaysia, Datuk Seri Mustaffa Abd Rahman.

Datuk bandar akui 2 PBT bayar RM39,088 kepada EBA

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Datuk Maimunah Mohd Sharif mengakui pihak berkuasa tempatan (PBT) itu dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) membayar RM39,088.10 kepada sebuah badan meragukan di United Kingdom yang didakwa menawarkan anugerah palsu, pada 2013 dan 2014.

Maimunah yang dipetik Sin Chew Daily bagaimanapun berkata, wang itu bukannya untuk membeli anugerah meragukan daripada Europe Business Assembly (EBA), sebaliknya ialah yuran penyertaan yang tidak termasuk tiket penerbangan dan kos penginapan.
Walaupun datuk bandar dibenarkan memilih tempat duduk kelas perniagaan, tetapi beliau dan Datuk Bandar MBPP ketika itu, Datuk Patahiyah Ismail hanya membeli tiket kelas ekonomi, demi menjimatkan wang pembayar cukai.
Advertisement

Katanya, beliau dan Patahiyah mendapat kebenaran kerajaan Pulau Pinang untuk menghadiri majlis penganugerahan itu di luar negara.
“Jika itu ialah anugerah palsu, saya minta maaf. Lain kali jika mahu menyertai atau dicalonkan sebarang anugerah, kami akan lebih berhati-hati,” katanya pada sidang media di Komtar hari ini, sejurus kembali dari Sidang Kemuncak Datuk Bandar Asean di Manila.
Beliau berkata, pada 2013, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP kini dikenali sebagai MBPP) dicalonkan menerima anugerah “Best Cities” dan “Best Municipal Manager” dengan yuran penyertaan RM20,680.

“Pada 2014 pula, MPSP dicalonkan anugerah ‘Best City’ dan ‘Best City Manager’ dengan yuran penyertaan RM18,408.10.”
Pada Julai 2013, Patahiyah menerima anugerah “Best Municipal Manager” manakala MPPP pula menerima anugerah “Best Municipality” daripada EBA dalam majlis diadakan di Montreuz, Switzerland.

Pada Julai 2014, Maimunah yang merupakan yang dipertua MPSP ketika itu “memenangi” anugerah “Best City Manager” dalam majlis di Stresa, Itali.
MPSP pula menerima anugerah “Best City”, “Best Holiday Destination”, “Best Cities-Licence” dan “Top Medical/ Travel/ Hospitality Website” daripada EBA pada 2014.


MPPP dinaik taraf kepada MBPP pada 24 Mac 2015, selepas dipersetujui Kabinet.
Mengulas lanjut, Maimunah berkata, mereka tidak tahu EBA ialah badan antarabangsa yang mengaut keuntungan melalui penjualan anugerah dan sijil palsu kerana tiada perkara mencurigakan ketika mereka menerima anugerah itu.

“Kami tidak menyedari sebarang perkara mencurigakan kerana bukan 2 PBT dari Pulau Pinang sahaja, PBT lain serta institusi pengajian tinggi, agensi kerajaan, orang ternama dari sektor swasta dan awam turut menerima anugerah EBA, malah bersama kami menerima anugerah itu.
“Harus ditegaskan bukan dasar kami untuk membelanjakan wang pembayar cukai membeli sebarang anugerah ataupun pengiktirafan daripada mana-mana pihak,” katanya.
Berdasarkan laporan media tempatan, penerima anugerah EBA lain termasuk 3 universiti awam, iaitu Universiti Sains Islam Malaysia (Usim), Universiti Teknikal Malaysia (UTeM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Utusan Malaysia 25 Disember 2013 melaporkan Usim, UTeM dan UniMAP menerima anugerah “Universiti Serantau Terbaik” daripada EBA pada 2013, dengan naib canselor mereka memenangi “Pengurus Terbaik Tahunan” pada tahun sama.

The Times melaporkan EBA mengiklankan dirinya sebagai sebuah institusi Oxford untuk menjual “hadiah palsu” seperti “Anugerah Socrates Antarabangsa” dan “Anugerah Peringatan Permaisuri Victoria” sehingga £9,300 (RM52,000).

Laporan itu mendakwa EBA dikendalikan ahli perniagaan Ukraine yang menyasarkan syarikat dan pertubuhan di negara membangun dengan menjaja nama Universiti Oxford.
Universiti Oxford bagaimanapun menafikan mereka ada kaitan dengan EBA.

FMT

Dr M tak kembali ke Umno, lebih baik untuk parti - Mahdzir Khalid

Keengganan Tun Dr Mahathir Mohamad kembali kepada Umno tidak perlu dikesali kerana situasi itu lebih baik untuk parti, kata Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Beliau yang juga menteri pendidikan berkata, walaupun Dr Mahathir pernah menjadi perdana menteri selama 22 tahun, namun tindakannya menyerang Umno sejak 2 tahun kebelakangan ini adalah perbuatan amat teruk.
“Kalau dia kata tak nak masuk (Umno) pun eloklah. Kita tidak rasa kesal langsung dengan (pendirian) itu,” katanya selepas merasmikan persidangan perwakilan Wanita Umno Bahagian Marang hari ini.
Semalam, Dr Mahathir melalui sebuah video klip yang dimuat naik dalam laman sosial Facebook berkata, beliau tidak akan kembali semula kepada Umno, walaupun Datuk Seri Najib Razak tidak lagi menjadi perdana menteri dengan dakwaan parti itu sudah jauh tersasar dari matlamat asalnya.

Ditanya sama ada Pakatan Harapan akan menjadi ancaman pada pilihan raya umum ke-14, Mahdzir berkata, ia bukanlah perkara baharu untuk Umno dan Barisan Nasional (BN).
“Umno dan BN telah berdepan 13 pilihan raya. Dahulu pembangkang hanya PAS, kemudian bergabung dalam Barisan Alternatif, seterusnya Pakatan Rakyat dan kini Pakatan Harapan. Rakyat yang akan menilai jasa kita selama 60 tahun ini,” katanya.

Terima kasih Dr Mahathir, era anda sudah berlalu


Wanita Umno perlu berani menjelaskan kepada rakyat Langkawi bahawa zaman Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pemimpin sudah berlalu, kata Ketua Pergerakan Wanita Umno Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.
Beliau berkata, hanya kepimpinan parti itu yang sekarang diterajui Datuk Seri Najib Razak selaku presiden yang dapat meneruskan pembangunan yang diasaskan oleh Dr Mahathir di pulau ini.
“Kepada Tun Mahathir, kita berterima kasih (kerana membawa pembangunan ke Langkawi).
“Namun hidup perlu diteruskan. Jangan takut untuk mengatakan ini (kepada rakyat Langkawi),” katanya semasa berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Pergerakan Wanita Umno Bahagian Langkawi di sini.
Menurutnya Dr Mahathir yang kini bersama-sama pakatan beberapa parti pembangkang sebenarnya hanyalah menjadi umpan untuk meraih sokongan orang Melayu yang merangkumi kira-kira 90 peratus daripada jumlah pengundi di Langkawi.

“Suka tak suka tapi itulah hakikatnya… kalau pangkah (memilih untuk menyokong) Tun Mahathir samalah seperti memilih DAP untuk menjadi kerajaan,” katanya.
Shahrizat berkata, tidak mustahil bagi Barisan Nasional untuk mengulangi kejayaan cemerlang semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dengan memenangi kerusi Parlimen Langkawi dan 2 kerusi Dewan Undangan Negeri di pulau ini.
Menurutnya, apa yang penting adalah kesetiaan dan disiplin anggota-anggota Umno untuk meneruskan kerjasama menggunakan strategi berkesan dalam pilihan raya umum akan datang.
“Sebelum PRU13 pun dikatakan kita menghadapi cabaran hebat di Langkawi tetapi akhirnya kita menang dengan majoriti yang besar di Langkawi,” katanya.
Beliau berkata persediaan menghadapi PRU14 bagi Wanita Umno sudah memasuki pusingan terakhir dan setiap anggota perlu memastikan jentera mereka sudah berjalan dengan baik untuk pilihan raya ini.

UMNO konsisten, hala tuju jelas

MARAN: Datuk Seri Najib Razak berkata, UMNO kekal parti paling konsisten dan jelas hala tujunya kerana keberkesanan perjuangan sejak sekian lama dalam membela bangsa, agama dan negara.
Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO berkata, sarjana sains politik terkenal dari Perancis, Alexis de Tocqueville, menerusi bukunya 'Demokrasi di Amerika' menjelaskan parti politik hebat perlu bercirikan falsafah, ideologi dan pengisian.
"Ketiga-tiga sudut itu dimiliki UMNO kerana parti ini jelas falsafahnya, ideologinya dan pengisiannya.
"Kita lihat sejak sekian lama dan kalau kita lihat sebelah sana (pembangkang), mereka cuba nak ambil tampuk pemerintahan negara sedangkan siapa nak menjadi Perdana Menteri pun tidak jelas," katanya.
Beliau berucap merasmikan Persidangan UMNO Bahagian Maran di Dewan UMNO Pekan Tajau di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin; Ketua UMNO Bahagian Maran, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Maran, Datuk Shahaniza Shamsudin.
Najib turut mengumumkan peruntukan RM3 juta bagi pembinaan dewan orang ramai baharu di pekan Tajau bagi menggantikan dewan sedia ada yang turut digunakan sebagai pusat pemindahan sementara banjir serta penempatan mangsa kebakaran sebelum ini.

Sokonglah Pelita Nasi Kandar.

Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri & Ulang Tahun ke 23 Pelita Nasi Kandar.

Assalamualaikum. Sebelum itu sila baca link ini terlebih dahulu. http://www.penangkini.com/2017/01/restoran-nasi-kandar-pelita-berstatus.html?m=1


Friday, 28 July 2017

Pemuda BN gesa kerajaan siasat IPTA terima anugerah palsu

 Pemuda BN Pulau Pinang hari ini menggesa Kementerian Pendidikan Tinggi menyiasat institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang didakwa menerima anugerah daripada sebuah badan meragukan di United Kingdom.
Ia selepas gesaan penubuhan sebuah suruhanjaya siasatan bagi menyiasat dakwaan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) membeli anugerah daripada Europe Business Assembly (EBA).
Baru-baru ini, akhbar The Times mendedahkan EBA mendakwa memberi anugerah diragui untuk bayaran tertentu.
“Jika ia adalah syarikat swasta yang membuat keuntungan, saya fikir ia tidak apa kerana mereka membelanjakan wang sendiri.
“Tetapi, jika ia adalah institusi awam seperti majlis perbandaran atau universiti awam, ia adalah wang pembayar cukai.
“Saya menggesa Kementerian Pendidikan Tinggi menyiasat universiti itu berhubung anugerah yang diterima mereka,” kata Ketua Pemuda BN negeri, Hng Chee Wey kepada FMT.
Beliau juga kecewa dengan tindakan parti pembangkang mendiamkan diri berhubung isu itu, walaupun tahu ramai lagi yang menerima anugerah EBA.
Berdasarkan laporan media tempatan, penerima anugerah EBA lain termasuk 3 IPTA, iaitu Universiti Sains Islam Malaysia (Usim), Universiti Teknikal Malaysia (UTeM) and Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
Usim, UTeM and UniMAP menerima anugerah “Universiti Serantau Terbaik” daripada EBA pada 2013, menurut laporan Utusan Malaysia pada 25 Disember 2013.

Media tempatan melaporkan naib canselor mereka memenangi “Pengurus Terbaik Tahunan” pada tahun sama.
Salah seorang naib canselor itu dilaporkan memenangi “Saintis Terbaik” secara berasingan daripada “Sidang Kemuncak Oxford Pemimpin Sains & Pendidikan” EBA.
Seorang lagi naib canselor dilaporkan memenangi anugerah “Nama dalam Sains”.
Seorang pegawai UniMAP yang dihubungi FMT bagaimanapun enggan mengulas dakwaan itu dan FMT masih menunggu jawapan daripada UTeM serta Usim.
The Times melaporkan EBA mengiklankan dirinya sebagai sebuah institusi Oxford untuk menjual “hadiah palsu” seperti “Anugerah Socrates Antarabangsa” dan “Anugerah Peringatan Permaisuri Victoria” dengan harga mencecah £9,300 (RM52,000).
Universiti Oxford bagaimanapun menafikan mereka ada kaitan dengan EBA.
Laporan itu mendakwa EBA dikendalikan ahli perniagaan Ukraine yang menyasarkan kawasan di mana penduduknya mempunyai wang untuk membeli anugerah tersebut. FMT

Kesatuan peguam syarie mohon celah jika JPN rayu keputusan “bin Abdullah”

Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) akan memohon sebagai pencelah sekiranya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) membuat rayuan ke Mahkamah Persekutuan, selepas Mahkamah Rayuan memutuskan anak luar nikah boleh menggunakan nama bapa sebenar dalam dokumen rasmi kerajaan.
Presiden PGSM Musa Awang berkata keputusan Mahkamah Rayuan itu akan mencetuskan ketaktentuan nasab (keturunan bapa) dan kecelaruan dalam perkara keluarga Islam: wali nikah dan waris harta.
Musa menjelaskan pernikahan anak perempuan hanya boleh diwalikan oleh bapa yang sah dari segi syarak, jika tidak, kemungkinan besar perkahwinan itu tidak sah.
“Itu baru peringkat anak perempuan mahu bernikah, belum lagi ke peringkat cucu,” katanya pada sidang media di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan hari ini.
peguam-syarie-2

Menurut Musa, keputusan itu juga boleh menyebabkan kecelaruan dalam isu pembahagian harga dalam Islam, kerana bapa kandung anak luar nikah itu tidak boleh mewarisi harta bapa tiri anak tersebut.
“Jika diletakkan bin atau binti (bapa sebenar) dalam surat beranak, orang yang tidak tahu mungkin akan tinggalkan harta. Bila bapa kandung anak itu terima harta bapa tiri, maka ia berdosa dan ambil hak waris lain,” katanya.
Musa berkata PSGM mahu mengelakkan kucar-kacir daripada berlaku.
Sebelum ini, Mahkamah Rayuan berkata JPN bertindak di luar kuasanya apabila ia mengenakan nama bapa “Abdullah” untuk mendaftarkan anak luar nikah, bertentangan dengan hasrat ibu yang mahu menggunakan nama bapa anaknya.

Dalam keputusan bertulis 2 bulan selepas mahkamah membuat keputusan memihak kepada ibu bapa anak itu, mahkamah mempertikaikan amalan mengenakan “bin Abdullah” pada anak luar nikah.
Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli, seorang daripada 3 hakim itu, berkata Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (BDRA) tidak membezakan antara kanak-kanak Islam dan bukan Islam.
“Seksyen 13A(2) tidak mengatakan anak Islam tidak sah taraf harus dilayan berbeza dengan anak bukan Islam ketika mendaftarkan nama bapa,” tulisnya.
Kanak-kanak itu, dilahirkan pada 17 April 2010, iaitu kurang 3 hari sebelum tempoh 6 bulan untuk mengesahkan kelahiran anak itu kepada pasangan terbabit, diberi nama bapa “Abdullah” berdasarkan kepada fatwa yang dikeluarkan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 1981 dan 2003.
JPN menolak permintaan ibu bapa untuk menggunakan nama bapa dalam sijil kelahiran, berdasarkan fatwa 1981.
Menurut fatwa 2003, anak luar nikah (tak sah taraf) tidak boleh dinasabkan kepada bapa anak tersebut atau kepada orang yang mengaku sebagai bapa kepada anak itu.
Bagaimanapun, Abdul Rahman berkata ia bercanggah dengan Seksyen 13A(2) BDRA yang membenarkan bapa kepada anak luar nikah untuk menggunakan namanya sebagai nama bapa kanak-kanak terbabit.

DAP bolot Struktur Organisasi Pakatan Harapan Pulau Pinang

Armada tidak ikhlas, memang nak cetus provokasi - Muammar Ghadafi

SHAH ALAM: Exco Pergerakan Pemuda Umno, Muammar Ghadafi Jamal Jamaluddin menafikan sayap itu yang memulakan provokasi terhadap kumpulan Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) sehingga mencetuskan kekecohan di hadapan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada petang semalam.

 

Beliau berkata, Pemuda Umno hanya bertindak balas selepas provokasi itu dimulakan oleh sayap pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu sejak awal. 

 

Tambahnya, Armada sebenarnya tidak ikhlas mahu menghantar jemputan kepada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak untuk menghadiri forum Nothing To Hide 2.0. 

 

"Tanyalah siapa-siapa pun, jemputan itu bukan niat sebenar mereka, provokasi itulah niat yang sebenarnya," katanya kepada Antarapos.

 

Muammar berkata, beliau yakin Umno tidak mempunyai masalah sekiranya jemputan itu dilakukan secara berhemah serta dengan niat yang ikhlas. 

 

"Pada pandangan saya, paling penting, kalau nak beri surat, beri saja senyap-senyap. Tak perlu posting (di media sosial) untuk dapatkan liputan media.

 

"Nampak sangat tujuannya bukan untuk beri surat sangat, tapi tujuannya untuk buat provokasi. Jadi pergilah atas niat yang ikhlas, buat benda yang betul.

 

"Kenapa perlu buat posting awal-awal. Pada saya apa yang dibuat Armada itu tak betul daripada awal," katanya lagi.      

 

Semalam kedua-dua sayap pemuda Umno dan PPBM itu bertembung di hadapan pusat membeli belah Sunway Putra menuju ke PWTC, berpunca dari tindakan Armada yang mahu menghantar jemputan kepada Najib untuk menghadiri forum Nothing To Hide 2.0.

 

Forum yang dianjurkan Pakatan Harapan (PH) itu akan diadakan pada awal bulan depan, bertujuan untuk menjawab pelbagai persoalan yang akan dibangkitkan mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB). 

 

Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyelar Pemuda Umno yang didakwa tidak 'gentleman' apabila cuba menghalang Armada yang hanya ingin menyampaikan jemputan. 


Sumber : Antara Post

Mukhriz gagal kaitkan Najib hina mahkamah


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan Datuk Seri Najib Razak tidak perlu menjawab tuduhan menghina mahkamah seperti didakwa Datuk Seri Mukhriz Mahathir dua minggu lalu.

Kenyataan Najib yang dipertikaikan itu dibuat melalui satu kenyataan media.

Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim berkata, kenyataan media perdana menteri pada 7 Julai lalu itu tidak menunjukkan Najib merujuk kepada perbicaraan mahkamah antara Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Datuk Seri Mukhriz Mahathir dengan pembantu perdana menteri Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad.

Justeru, kata hakim, Mukhriz yang juga bekas menteri besar Kedah itu gagal membuktikan kes prima facie terhadap Najib

Lebih 5,000 PATI, majikan ditahan sejak 1 Julai

 Seramai 5,173 pesalah ditahan imigresen hingga semalam dalam Op Mega yang dijalankan bagi memburu majikan dan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ingkar untuk berdaftar dalam program E-kad.
Ketua Pengarahnya Datuk Seri Mustafar Ali berkata mulai 1 Julai hingga 7.00 pagi semalam, imigresen mengadakan 1,272 operasi penguatkuasaan di seluruh negara.
“Seramai 17,955 orang diperiksa dan hasilnya seramai 5,065 PATI daripada pelbagai warganegara ditahan atas berbagai kesalahan imigresen.
“Selain itu 108 majikan turut ditahan dan 367 orang diberi notis untuk hadir memberi keterangan sepanjang tempoh ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Daripada jumlah keseluruhan PATI yang ditahan, warga Bangladesh mencatatkan tangkapan tertinggi iaitu 1,520 orang, diikuti Indonesia (1,476), Myanmar (429), Vietnam (285), Thailand (206), Filipina (261) dan bakinya dari negara lain, katanya.

Mustafar berkata imigresen mengambil langkah proaktif dengan mengadakan perjumpaan dan perbincangan dengan beberapa kedutaan antaranya Bangladesh, India, Indonesia dan Nepal.
“Inisiatif ini dilaksana bagi memperjelaskan usaha yang dilakukan, serta langkah-langkah yang perlu diambil oleh majikan dan pekerja selepas tamat tempoh pendaftaran E-kad.
“Ini juga termasuk urusan pengeluaran dokumen perjalanan oleh pihak kedutaan berkenaan dan untuk menyelesaikan proses penggajian semula,” katanya.
Bagi majikan yang gagal mendaftarkan pekerja asing mereka, imigresen menggesa agar mereka dihantar pulang melalui Program Serah Diri secara Sukarela (Program 3 + 1) bagi mengelakkan risiko dikenakan tindakan undang-undang termasuk pendakwaan, katanya.
Melalui program itu, PATI dapat pulang ke negara asal melalui cara yang teratur dan mengikut undang-undang.
Beliau memaklumkan bagi tempoh 4 Jan hingga 25 Julai tahun ini seramai 125,061 PATI pulang ke negara asal melalui Program 3 + 1 itu.
Katanya, operasi penguatkuasaan imigresen akan dijalankan secara berterusan tanpa henti dalam memutuskan rantaian kesalahan, termasuk melaksanakannya bersama agensi penguat kuasa undang-undang yang lain.

PH hanya peralatkan Dr Mahathir tumbang BN, kata Ismail Sabri


Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan dibenarkan menjadi perdana menteri oleh pimpinan Pakatan Harapan (PH) sekiranya memenangi pilihan raya umum ke-14, tetapi hanya diperalatkan untuk menyerang UMNO, kata ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menteri kemajuan luar bandar dan wilayah itu berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang tentunya tidak akan membiarkan perkara itu menjadi kenyataan atas sejarah hitam atau “dosa silam” Dr Mahathir ke atas mereka dan keluarga mereka semasa bergelar perdana menteri.

“Dosa Dr Mahathir pada mereka terlalu besar. Macam Lim Kit Siang, anaknya, Lim Guan Eng pernah dipenjara dan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) oleh Dr Mahathir dan begitu juga dengan Anwar, beliau sendiri dituduh dengan dengan pelbagai tuduhan dan keburukan moral yang tentunya turut memalukan seluruh anggota keluarganya.
Advertisement



“Sebab itu, saya tidak fikir Anwar atau Kit Siang atau keluarga mereka boleh memaafkan dosa besar Dr Mahathir itu,” katanya mengulas kemungkinan Dr Mahathir menjadi perdana menteri sementara jika PH memenangi pilihan raya umum akan datang.

Ismail tidak menolak kemungkinan Dr Mahathir dipergunakan Anwar dan Kit Siang untuk menyerang Umno dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selepas menyedari wujud “isu peribadi” antara beliau dan Umno, selepas usaha menempatkan anaknya Datuk Seri Mukhriz di kerusi naib presiden Umno pada pemilihan parti 2013 gagal.
Dalam konteks sama, katanya, DAP menggunakan peluang itu untuk menyerang Melayu dan Umno melalui Dr Mahathir sehingga parti yang ditunjangi orang Melayu terus berpecah sedangkan DAP kekal seperti yang mereka mahukan.

Katanya, parti diwakili orang Melayu berpecah kepada 5 iaitu Umno, PAS, PKR, Amanah dan PPBM dan dalam skala PH, DAP kekal parti dominan.
“Budi bicara atau ikhsan mereka (DAP) amat ditagih dalam memilih atau melantik seorang perdana menteri jika memenangi pilihan raya umum,” katanya. FMT

Pemuda Umno: Manifesto sejuta pekerjaan, rumah untuk setiap keluarga memalukan

: Pemuda Umno berkata manifesto sejuta peluang pekerjaan dan rumah untuk setiap keluarga yang dijanjikan Pemuda Pakatan Harapan memalukan dan terkebelakang, kerana BN sedang memenuhi keperluan pekerjaan dan perumahan melalui pelbagai rancangan kerajaan.

“Wilayah Persekutuan sahaja kita ada lebih 80,000 rumah mampu milik dan tawaran 1 juta peluang pekerjaan itu sikit sangat sebab tahun ini sahaja kita dah wujudkan 1.8 juta peluang pekerjaan,” kata Ketua Pemuda Umno Wilayah Datuk Razlan Rafii kepada FMT.

“Pemuda PH sepatutnya buat kajian dahulu, malah dalam tangan mereka langsung tidak ada hasil kajian dan hanya main cakap sahaja untuk menyedapkan hati, itu satu tawaran yang memalukan.”
Razlan menambah pihaknya teruja dengan projek Tun Razak Exchange yang akan membuka peluang kepada rakyat tempatan bekerja dengan syarikat antarabangsa.
“Kerajaan BN tidak pernah gagal dalam membangunkan negara dan tiada siapa boleh pertikai. Kita tengok, terbaharu kita ada MRT,” tambahnya.

Pemuda PH dalam manifesto pilihan raya mereka berjanji akan menumpukan perhatian kepada menambah peluang pekerjaan dalam usaha mengurangkan kebergantungan kepada lebih 3 juta pekerja asing.

Timbalan Ketua Pemuda Amanah Faiz Fadzli berkata Pemuda PH akan memastikan kadar gaji minima ditingkatkan daripada RM1,000 kepada RM1,500 dalam usaha menarik minat rakyat tempatan melibatkan diri dalam sektor pekerjaan “3D” iaitu kotor (dirty), sukar (difficult) dan bahaya (dangerous).

Mereka juga menjanjikan setiap keluarga mampu memiliki kediaman sendiri sekiranya PH berjaya mentadbir Putrajaya.
Bagaimanapun, Pemuda Umno Wilayah menggesa Pemuda PH menyelesaikan masalah di negeri sendiri terlebih dahulu sebelum menjanjikan sejuta pekerjaan dan rumah untuk setiap keluarga dalam manifesto mereka.

“Selesaikan isu perumahan di Pulau Pinang dulu. Harga pangsapuri yang ada pun boleh mencecah RM1 juta hingga RM2 juta.
“Di Selangor dan Pulau Pinang, kerajaan negeri bukan sahaja gagal menyediakan projek perumahan mampu milik, malah tidak ada langsung projek tersebut dibuat. Yang ada hanya projek kerajaan pusat menerusi PR1MA,” katanya. FMT

Pindaan akta lulus, kerajaan kini ada kuasa kawal Uber, Grab

Dua rang undang-undang (RUU) pengangkutan awam dan perdagangan diluluskan di Dewan Rakyat hari ini: RUU Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2017 dan RUU Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2017.

Dengan lulusnya pindaan Akta Pengangkutan Awam Darat itu memberikan kerajaan kuasa untuk mengawal selia syarikat “e-panggilan” (e-hailing) seperti Uber dan Grab.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri berkata syarikat e-panggilan juga perlu menyerahkan identiti pemandu mereka kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk pemeriksaan latar belakang jenayah sebelum diambil bertugas.
Advertisement

“Syarikat perlu menyerahkan identiti pemandu kepada SPAD, termasuk pemandu Uber dan Grab sementara.
“Pemandu berpotensi akan diperiksa demi keselamatan penumpang,” katanya di perbahasan penggulungan usul.

Dengan lulusnya pindaan itu juga akan mewajibkan syarikat e-panggilan memiliki lesen perniagaan perantara dan mematuhi syarat yang ditetapkan Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan.
Syarat itu termasuk jenis perkhidmatan yang disediakan, langkah memastikan keselamatan penumpang, dan piawaian prestasi yang perlu dipatuhi syarikat e-panggilan.
Nancy menambah banyak rundingan dilakukan dengan pihak berkepentingan dalam pembikinan RUU itu.

Beliau berkata pemandu teksi dan pemandu e-panggilan perlu menjalani pemeriksaan kesihatan dan kenderaan, dan memiliki insurans dan kad pemandu perdagangan.
“Pemeriksaan kenderaan diperlukan. Ini bagi memastikan kereta yang digunakan selamat untuk pemandu dan penumpang.

“Pemandu teksi perlu menjalani pemeriksaan setahun sekali daripada 2 kali setahun sekarang ini. Ini akan mengurangkan perbelanjaan pemandu teksi.

“Begitu juga syaratnya untuk pemandu e-panggilan. Pemandu e-panggilan perlu menjalani pemeriksaan jenayah dan Jabatan Pengangkutan Jalan.

“SPAD akan menyimpan rekod mereka dalam bank data untuk rujukan.”
Nancy berkata kerajaan tidak mengeluarkan permit teksi baharu bagi membolehkan pemandu teksi sedia ada memiliki permit teksi sendiri berbanding menyewa permit.
Beliau berkata pemandu teksi memiliki kelebihan kerana mereka boleh mengambil penumpang di tepi jalan raya dan e-panggilan.

Menjawab soalan Liew Chin Tong (DAP-Kluang), yang mencadangkan penubuhan sebuah tribunal untuk membolehkan pemandu teksi menyuarakan masalah dengan syarikat teksi, Nancy berkata pemandu boleh merujuk masalah mereka kepada SPAD melalui mekanisme yang disediakan untuk membantu mereka.

Menjawab soalan mengenai tambang syarikat e-panggilan yang tidak terkawal, beliau berkata: “Kalau mereka naikkan harga terlalu tiggi, pelanggan tidak akan lagi memilih mereka.”
Beliau berkata pemandu e-panggilan hanya dibenarkan beroperasi dalam negara sementara pemandu teksi boleh membawa penumpang ke Singapura dan Thailand kerana perjanjian antara Malaysia dan negara berkenaan. FMT

12 Sekolah Paling menyeramkan di Malaysia



1. Penang Free School, Pulau Pinang




Penang Free School terletak di Green Lane, George Town, Pulau Pinang. Sekolah ini merupakan sekolah tertua yang menggunakan medium bahasa Inggeris di Asia Tenggara. Dibina pada tahun 1816, Penang Free School juga adalah sekolah pertama yang didirikan di Malaya yang sekarang dikenali sebagai Malaysia.


Sebagai sebuah sekolah yang tertua di Malaysia, sudah pasti terdapat banyak kisah-kisah yang menyeramkan di sekolah ini. Fakta ini mungkin tidak mengejutkan kerana Penang Free School bukan sahaja sekolah yang paling tua di Malaysia bahkan juga di Asia Tenggara!


Bayangkan ia dibina pada tahun 1816, sekarang pula sudah tahun 2017. Ini bermakna sekolah ini sudah berusia lebih 200 tahun. Lebih tepat lagi 201 tahun! Kisah-kisah hantu pasti akan muncul di sekolah sudah sebegini lama bertapak.


Cerita-cerita seperti lampu berkedip-kedip dan bunyi-bunyian pelik pada waktu malam adalah perkara biasa. Tidak pasti sama ada ia hanya disebabkan oleh struktur sekolah yang lama atau ada ‘benda’ lain. Selain itu, ada juga yang mendakwa mendengar jeritan seorang wanita lewat tengah malam, yang dikatakan sebagai roh banduan yang diseksa semasa zaman pendudukan Jepun.


2. Sekolah Menengah Chung Ling, Pulau Pinang



Sekolah Menengah Chung Ling atau lebih dikenali sebagai Chung Ling High School adalah sebuah sekolah menengah lelaki yang terletak di George Town, Pulau Pinang. Sekolah yang ditubuhkan pada tahun 1923 ini telah diambil alih oleh Angkatan Darat British untuk digunakan sebagai sebuah hospital tentera pada tahun 1941.


Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu selepas meletusnya Perang Dunia Kedua, berlakunya tragedi pembunuhan beramai-ramai terhadap orang Cina Malaya di bawah istilah Sook Ching yang membawa maksud “pembersihan Cina”. Beberapa orang guru dan pelajar dari Chung Ling juga turut terbunuh.

Dengan sejarah Sekolah Chung Ling yang begitu tragis, tidaklah menghairankan cerita-cerita menakutkan seperti penampakan kelibat guru-guru dan pelajar-pelajar yang dibunuh dilihat berkeliaran di sekitar sekolah itu. Histeria juga dikatakan kerap berlaku di Sekolah Chung Ling dan kadang-kadang terdapat beberapa ekor anjing akan menyalak pada ‘sesuatu’ yang tidak dapat dilihat oleh mata manusia.


3. Sekolah Menengah Kebangsaan Siburan, Sarawak


Sekolah Menengah Kebangsaan Siburan atau secara ringkasnya dipanggil SMK Siburan, merupakan sebuah sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Kuching/Serian. Terletak di bumi Kenyalang, tidak banyak maklumat yang berjaya diperolehi mengenai sekolah ini. Tetapi menurut sumber, cerita menakutkan yang datang daripada sekolah ini kebanyakannya benar-benar berlaku.


4. Sekolah Menengah Kebangsaan Serian, Sarawak



Sekolah Menengah Kebangsaan Serian atau SMK Serian, merupakan sebuah sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Ilmu, Serian, Sarawak.


Jika diimbas kembali kejadian yang berlaku pada tahun 2008, 12 pelajar sekolah diserang histeria di mana mereka menjerit dan bertingkah-laku aneh yang dipercayai disebabkan oleh kehadiran paranormal. Serangan histeria beramai-ramai itu mendatangkan begitu banyak gangguan sehingga kelas terpaksa digantung oleh pihak berkuasa.


Seorang pelajar yang pernah mengalami histeria menceritakan bahawa fikirannya menjadi kosong dan dia tidak dapat mengawal tubuhnya sendiri. Beliau memberitahu The Borneo Post, “Saya beras pening dan saya mendengar suara-suara pelik yang bermain di kepala saya,”. Manakala rakannya pula mendakwa bahawa dia mendengar perubahan suara rakannya ketika dia cuba menenangkannya.


5. Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria (Victoria Institution), Kuala Lumpur



Victoria Institution, sebelum tahun 2009 dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria. Pada awal penubuhannya, sekolah ini adalah sekolah menengah untuk pelajar-pelajar lelaki manakala pelajar perempuan untuk tingkatan 6 sahaja. Victoria Institution merupakan sekolah yang paling tua di Kuala Lumpur.


Idea untuk membina institut ini diilhamkan oleh beberapa orang warganegara terkemuka iaitu Yap Kwan Seng, Loke Yew dan Thamboosamy Pillay dalam tahun 1880-an. Akhirnya pada tahun 1893, Victoria Institution dibina dengan sokongan Residen British di Selangor, W.H. Treacher dan sumbangan daripada Sultan Abdul Samad, Sultan Selangor pada ketika itu. Nama Victoria diambil sempena memperingati Jubli Emas Ratu Victoria.


Selain kaya dengan warisan dan tradisinya sendiri, Victoria Institution juga turut menyimpan kisah-kisah misteri yang tersendiri sesuai dengan statusnya sebagai sebuah sekolah yang paling tua di Kuala Lumpur dan antara yang tertua di Malaysia.


Victoria Institution juga turut diambil alih semasa Pendudukan Jepun di negara kita dan dijadikan sebagai pangkalan tentera Jepun. Ramai tentera British dan penduduk tempatan yang telah diseksa dengan kejam hingga mati di ruang bawah tanah dan beberapa bangunan lama di sekolah ini. Dikatakan bahawa bukan sahaja selalu ada penampakan pada siang hari dan juga pada malam hari, malah terdapat banyak kes roh yang merasuk pelajar.


Salah satu kes adalah anggota band yang sedang berlatih sehingga lewat pada satu malam ‘hilang’ dan hanya kemudiannya ditemui di atas tangki air. Beliau mendakwa bahawa dia melihat seorang perempuan yang sedang bersendirian, dan dengan sopan, dia bertanya ke mana perempuan itu hendak pergi dan dia tidak ingat apa-apa selepas itu.


6. SMJK Confucian dan Methodist Boys’ School, Kuala Lumpur



Kebanyakan sekolah digunakan ketika terjadinya Perang Dunia Kedua terutama semasa Pendudukan Jepun di Tanah Melayu dan tidak terkecuali kedua-dua buah sekolah-sekolah ini. Sekolah Methodist Boys telah ditubuhkan sejak bulan Julai tahun 1897 menjadikannya sebagai salah sebuah sekolah yang tertua di Malaysia, manakala SMJK Confucian pula dibina pada tahun 1906.



Kedua-dua sekolah ini dikatakan dihubungkan melalui sebuah terowong bawah tanah yang dibuat semasa Pendudukan Jepun. Terdapat dakwaan yang mengatakan bahawa terdapat roh-roh yang berkeliaran di sekitar dewan sekolah pada waktu malam. Selain itu, cerita yang paling sering didengar adalah penampakan atau bunyi tentera Jepun yang berkawad lewat tengah malam.


7. Sekolah Kebangsaan Danau Perdana, Kuala Lumpur



Sekolah ini telah dikosongkan sejak tahun 2005 dan ia ditinggalkan sehingga ke hari ini. Sekolah ini ditinggalkan disebabkan oleh keadaan tanah yang tidak selamat untuk diduduki kerana kesan-kesan retakan mula muncul di dinding sebelum ia diminta untuk ditutup.


Walaupun demikian, kisah-kisah aktiviti paranormal di sekolah Danau Perdana ini masih terus tersebar dan diperkatakan. Salah satu kisah yang terkenal ialah sekolah ini telah didiami oleh seekor pontianak, iaitu roh seorang wanita yang meninggal ketika mengandung dan didakwa sebagai salah seorang tukang cuci sekolah berkenaan.


8. Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras, Kuala Lumpur


Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras atau lebih dikenali sebagai Sekolah Jalan Cheras telah ditubuhkan pada tahun 1964 dan terletak di Jalan Yaakob Latiff, Bandar Tun Razak lebih kurang dalam lima kilometer dari pusat bandaraya Kuala Lumpur.


Sekolah ini turut tersenarai antara sekolah yang menyeramkan kerana satu kejadian yang mengerikan yang berlaku pada dua tahun yang lepas. Seorang pelajar perempuan yang didakwa mengalami kerasukan telah dirakam menggunakan video dan dia dilihat bermain dengan sebilah gunting di sepanjang koridor sekolah.


Di dalam video tersebut, kelihatan dia menendang pintu bilik kelas dan memecahkan tingkap kaca dengan tangan kosong! Rupa-rupanya, ini bukanlah kes kerasukan pertama yang berlaku dan beberapa kes lagi telah berlaku sepanjang tahun tersebut.


9. Saint Michael Institution, Ipoh, Perak


Saint Michael’s Institution, dalam bahasa Melayunya dipanggil Institusi Saint Michael merupakan sebuah sekolah lelaki yang terletak di Ipoh, Kinta, Perak. Mengikut sejarah, pada tahun 1912 sekumpulan mubaligh Katolik tiba di sini dan mula membina sebuah sekolah di sebelah Sungai Kinta yang terkenal. Sekolah yang dibina oleh para mubaligh Katolik ini diberi nama Saint Michael’s Institution.


Sekolah ini dilaporkan sangat keras, atas banyak faktor. Salah satunya adalah kerana sekolah itu pernah digunakan sebagai ibu pejabat polis rahsia Jepun apabila Perang Dunia Kedua meletus. Apabila melibatkan penjajah Jepun, tidak dapat disangkal lagi bahawa terdapat banyak penyeksaan yang dilakukan.


10. Malay College Kuala Kangsar (MCKK), Perak


Kolej Melayu Kuala Kangsar atau lebih dikenali sebagai Malay College Kuala Kangsar (MCKK) merupakan sebuah sekolah berasrama penuh premier lelaki sahaja di Malaysia. Sekolah ini terletak di Bandar DiRaja Kuala Kangsar, Perak.


Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1905 oleh pihak British atas cadangan daripada R.J. Wilkinson iaitu seorang Pegawai Pendidikan Jajahan pada masa itu. Cadangan itu mendapat sepenuh sokongan dari Sultan Perak, Sultan Idris Murshidul Azam Shah I (1886—1916).


MCKK mempunyai reputasi yang tinggi dan cukup terkenal di negara Malaysia kerana telah berjaya menghasilkan ramai tokoh-tokoh terbilang negara. Akan tetapi, sebagai sebuah sekolah yang mempunyai sejarah yang lama, jangan dilupakan bahagian seramnya tetap ada!


11. Sekolah Menengah Kebangsaan Anderson, Ipoh, Perak


Sekolah Menengah Kebangsaan Anderson atau secara ringkasnya SMK Anderson, merupakan sebuah sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Raja Ashman Shah, bandar raya Ipoh, Perak.


Pada 6 Februari 1909, Sekolah Menengah Kebangsaan Anderson Ipoh, dibuka dengan rasminya. Sekolah ini merupakan sekolah Inggeris yang ditubuhkan semasa penjajahan British di Tanah Melayu. Nama Anderson diambil sempena nama Persuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu ketika itu, yang juga Gabenor Negeri-Negeri Selat, Sir John Anderson.


Untuk makluman pembaca setia kisahseram.com, di depan padang sekolah Anderson ada sebatang pokok besar (tidak pasti sama ada masih ada lagi atau tidak). Pokok itu agak menyeramkan dan di depan pokok besar terletaknya pintu masuk ke Sekolah Menengah Teknik Lebuh Cator. Kerana itu ada yang mengatakan ia menjadi tempat ‘benda’ itu keluar masuk ke sekolah Anderson dan SMT Lebuh Cator.


12. Sekolah Menengah Teknik Lebuh Cator, Ipoh, Perak



Sekolah Menengah Teknik Lebuh Cator atau nama ringkasnya SMT Lebuh Cator, merupakan sebuah sekolah menengah teknik yang terletak di Lebuh Cator. Mengikut sejarah, sekolah ini telah ditubuhkan pada tahun 1930, dikenali dengan nama ‘Goverment Trade School’. Sekarang, sekolah ini telah dinaik taraf menjadi Kolej Vokasional Lebuh Cator


SMT Lebuh Cator Terletak berhadapan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Anderson. Sekolah ini boleh dikatakan agak lama iaitu semenjak tahun 1930. Biasalah benda lama, pasti ada cerita di sebaliknya

taiko tv
 
Copyright © 2014 PenangKini.