BREAKING NEWS

Monday, 24 July 2017

99% tuduhan terhadap Rosmah salah, kata pegawai khas PM

Hampir 99% tuduhan yang dilemparkan pembangkang terhadap isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor salah, kata pegawai khas perdana menteri Datuk Rizal Mansor, lapor Malaysiakini hari ini.
Berucap di mesyuarat Pemuda Umno Kelana Jaya hari ini, Rizal berkata antara tuduhan itu adalah Rosmah mengawal suaminya, Datuk Seri Najib Razak dan pentadbiran beliau, dan memiliki pejabat di Pejabat Perdana Menteri.

Rizal berkata pejabat isteri perdana menteri yang wujud semasa pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi dihentikan semasa Najib menjadi perdana menteri.
Rizah berkata Rosmah tidak pernah memasuki pejabat itu kerana beliau tidak suka pergi ke pejabat itu.
Beliau berkata Rosmah hanya pergi ke PMO ketika kakitangan PMO mengadakan sambutan hari lahir untuk Najib dan ketika PMO menganjurkan rumah terbuka.
 
Copyright © 2014 PenangKini.