BREAKING NEWS

Tuesday, 18 July 2017

Ahmad Awang : Tun Dr. Mahathir Boleh dihukum Pancung


Di dalam tulisan bertajuk “Isu Karpal Dipolitikkan” di blog beliau pada 10 Mei 2008, Ustaz Ahmad Awang pernah menulis begini: “Malah ‘penderhakaan’ yang paling besar ke atas simbol ketuanan Melayu ialah ketika usaha yang dilakukan oleh bekas pemimpin tertinggi UMNO dan bekas PM, Tun Dr Mahathir. Tindakan gila kuasa yang melampau bekas pemimpin UMNO tersebut seharusnya boleh dihukum pancung oleh raja-raja Melayu.”
Menariknya, sekarang Ustaz Ahmad Awang boleh pula menerima, malah melahirkan rasa syukur, bila insan “gila kuasa yang melampau” yang “seharusnya boleh dihukum pancung oleh raja-raja Melayu” ini, iaitu Tun Dr Mahathir, dinobatkan sebagai Pengerusi Pakatan Harapan, sebuah pakatan politik yang dianggotai oleh Parti Amanah Negara yang Ustaz Ahmad Awang adalah Penasihat Umumnya, pada 13 Julai lalu.
Saya tertanya-tanya apakah, jika ditakdirkan Pakatan Harapan akan memerintah negara selepas berakhirnya Pilihan Raya Umum Ke-14, Ustaz Ahmad Awang akan berani membuat rekomendasi supaya Tun Dr Mahathir “dihukum pancung oleh raja-raja Melayu”.
Atau apakah Ustaz Ahmad Awang kini turut mengamalkan politik "matlamat menghalalkan cara"?

 
Copyright © 2014 PenangKini.