BREAKING NEWS

Tuesday, 4 July 2017

Banyak kejayaan dicapai separuh tahun 2017



 Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, banyak kejayaan membanggakan dicapai oleh negara pada separuh tahun ini meskipun berdepan dengan pelbagai cabaran daripada ketidaktentuan pasaran antarabangsa, kejatuhan harga minyak sehinggalah kepada tindakan mensabotaj ekonomi serta memburuk-burukkan negara oleh pihak pembangkang.

Perdana Menteri berkata, secara keseluruhannya, prestasi ekonomi negara bagi suku pertama 2017 kekal stabil dan kukuh, menyaksikan ekonomi Malaysia berkembang 5.6 peratus dengan pelaburan langsung asing (FDI) meningkat kepada RM17 bilion.


‘‘Banyak pengiktirafan antarabangsa telah kita terima, bukti dasar yang kita laksanakan untuk terus mengukuhkan ekonomi negara adalah langkah yang tepat dan membuahkan hasil.

‘‘Agensi antarabangsa Pricewater House Coopers telah meletakkan Malaysia pada tangga ke-25 kuasa besar ekonomi dunia dengan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sebanyak AS$1.5 trilion (RM6.5 trilion) menjelang 2030.

‘‘Bank Dunia turut mengiktiraf ekonomi Malaysia dengan memberi semakan semula unjuran pertumbuhan ekonomi yang lebih tinggi bagi tahun 2017 yakni 4.9 peratus. Malah, unjuran pertumbuhan ekonomi bagi 2018 dan 2019 turut diberi semakan semula lebih tinggi iaitu 4.9 peratus dan 5.0 peratus, peningkatan sebanyak 0.4 peratus dan 0.5 peratus ma­sing


 
Copyright © 2014 PenangKini.