BREAKING NEWS

Tuesday, 11 July 2017

Berhati-hati dengan Dr Mahathir


George Town: Pemimpin UMNO memberi amaran kepada pihak pembangkang bahawa sekutu baru mereka, Dr Mahathir Muhamad adalah seorang yg tak boleh dipercayai seperti dapat disaksikan oleh banyak pihak dalam usaha beliau menggugat kedudukan pemimpin yang sedia ada.

Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang , Dato Seri Zainal Abidin Bin Osman berkata Dr Mahathir boleh bila bila masa bertukar dari adiwira ke penjahat , penjahat ke adiwira dan dia mungkin akan kembali ke UMNO sekali lagi pada suatu hari nanti. 

Ujar beliau lagi, "Sudah terlalu banyak drama serta sandiwara beliau dan saya berharap yang kita akan terhibur dgn episod kali ini"

"Tapi jangan kita lupa yang dia juga telah memberi ancaman kepada masa depan negara", tambahnya lagi.

 "Dia merasakan yang dia sentiasa betul dan mengetahui semuanya. Dan semua ini bermula sejak 50 tahun yang lalu dan saya berasa agak sedih apabila "orang lama" bersikap begitu." katanya ketika berucap di rumah terbuka UMNO Pulau Pinang di Jalan Macalister siang tadi.

Zainal juga berkata, beliau juga telah menentang Tunku Abd Rahman , Tun Hussein Onn, Tun Abdullah dan dan sekarang beliau cuba menjatuhkan Dato Seri Najib.

Zainal juga berkata pembangkang tak perlu berharap tinggi kerana beliau boleh "uturn" bila bila masa sahaja.

"Jangan lupa, dia sudah tinggalkan UMNO lebih dari tiga kali, mana tahu lepas ni dia mungkin kembali ke UMNO" tambahnya lagi.

"Jangan terpengaruh dengan kata-katanya, dia dah buat terlalu banyak pusingan U dan mungkin boleh buat lagi"
 
Copyright © 2014 PenangKini.