BREAKING NEWS

Saturday, 1 July 2017

Bernas nafi umum harga beras baharu

Padiberas Nasional Berhad (Bernas) menafikan ada membuat pengumuman mengenai harga baharu untuk mana-mana beras kepada pemborong beras di Sabah seperti ditularkan di media sosial.
Pengurus Besar Bernas Sabah Jasnih Daya berkata sekiranya ada sebarang perubahan harga, pejabat Bernas Sabah akan dimaklumkan secara rasmi oleh ibu pejabat Bernas di Kuala Lumpur.
“Setakat ini tidak ada arahan atau maklumat diterima berhubung perubahan itu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini melalui aplikasi WhatsApp.

Katanya pihak Bernas Sabah juga menerima arahan daripada Pengarah Urusan Bernas Malaysia supaya memfailkan saman fitnah terhadap individu yang mengeluarkan kenyataan itu.
Maklumat yang tular dalam media sosial di sini hari ini, memetik sumber dari pengerusi Berasabah, menyebut harga beras dinaikkan RM1 untuk kampit seberat 10 kilogram (kg) dan RM0.50 untuk 5kg.
 
Copyright © 2014 PenangKini.