BREAKING NEWS

Saturday, 15 July 2017

Bila Kerajaan DAP Pulau Pinang mahu tandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR)?




1. Saya merujuk kepada satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pesuruhjayanya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Dzulkifli Ahmad yang kesal dengan keengganan Pulau Pinang menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang merupakan komitmen sesebuah institusi untuk memerangi musuh nombor 1 negara itu.

2. Pertama sekali kenyataan Datuk Dzulkifli ini amat mengejutkan saya sebagai seorang pengundi dan anak jati Pulau Pinang. Ini kerana tindakan tidak bertanggungjawab kerajaan negeri DAP Pulau Pinang yang tidak mahu menandatangani IBR dengan jelas menunjukkan bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang tidak serius dalam memerangi rasuah.

3. Kedua, tindakan ini juga menunjukkan bahawa kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bahawa konon nya kerajaan negeri serius dalam memerangi rasuah hanyalah retorik semata - mata untuk menagih undi rakyat Pulau Pinang. Tetapi apa yang berlaku adalah langsung tidak menyokong usaha IBR yang dibawa oleh SPRM.

4. Ketiga, kini timbul persoalan adakah sebab utama kerajaan negeri tidak menandatangani IBR kerana Lim Guan Eng telah didakwa di mahkamah atas dua tuduhan rasuah? Jika betul, makna nya kepentingan Lim Guan Eng lebih mustahak bagi kerajaan negeri berbanding kehendak rakyat yang mahukan sebuah kerajaan yang bersih dan telus.

5. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada pihak SPRM kerana terus komited memerangi rasuah yang merupakan musuh no 1 negara. Saya yakin rakyat Pulau Pinang dapat menilai sejauh mana ketelusan kerajaan negeri memerangi rasuah dimana DAP hanya pandai bercakap mengenai isu memerangi rasuah didalan ceramah mereka  tetapi langsung tidak ada komitmen dan tidak mahu bekerjasama dengan SPRM. Kenapa?

Terima Kasih
 
Copyright © 2014 PenangKini.