BREAKING NEWS

Sunday, 16 July 2017

Buat Serbuk Ikan Bilis Untuk Gantikan Garam Dalam Makanan Anak Bawah 2 Tahun , Tapi Sebenarnya

Bayi yang telah meningkat umur ke 7 bulan ke atas mula akan diberikan makanan yang agak solid seperti bubur dikisar halus dan mudah ditelan . Penyediaan yang ringkas namun ada aturan bahan-bahan yang wajib dikawal ibu .

Kurang rasa , mesti tambah garam . Tapi ramai ibu-ibu terlepas pandang perkara ini apabila mengambil langkah alternatif membuat serbuk ikan bilis menggantikan garam tanpa mengambil tahu kemudaratan makanan tersebut .

Ok untuk tahu lebih jelas, baca perkongsian daripada Puan Ainini Zainal ini…

Ikan bilis.
Masin, kan?

 Masin kerana asalnya daripada laut (air masin) atau kerana digaul/dicampur garam sebelum dikeringkan?
Ikan-ikan lain daripada laut bila sudah ke darat, masin tak?

 Jika tidak masin, samalah dengan bilis.
Asalnya tidak masin.


‘No sugar no salt’ (tanpa gula garam) adalah bagi anak 2 tahun ke bawah kerana buah pinggang mereka masih belum matang untuk memproses gula dan garam pada usia ini.


Tetapi.
Ramai beri anak bawah 2 tahun ikan bilis kisar.Sebagai perasa.



Persoalannya, jika bilis memang digaul garam sebelum dikeringkan, bila kita berikan bilis kepada anak bawah 2 tahun, maksudnya sama sajalah dengan memberi makanan bergaram, kan?

 Banyak lagi cara untuk memberi perisa dalam makanan anak-anak. Contohnya:
Sediakan stok sup tulang ayam, daging atau ikan (tanpa garam).
Boleh guna apa saja ikan.
Ikan kembung pun boleh.
Masukkan sedikit daun ketumbar ke dalam sup untuk ikan yang besar (isu merkuri). Ketumbar boleh membantu menyingkirkan merkuri.
Sup itu akan berperisa.



Reneh tulang-tulang bersama bawang, halia, celery selama 2-3 jam.

MSG semulajadi terhasil.

Perisa semulajadi.

Sekarang, ya. Boleh gunakan dalam masakan.





Tidaklah susah mana, kan?
Additional info:

Untuk persoalan sama seperti soalan puan Sarah Mansor..so saya jawab siap-siap untuk soalan bagaimana kalau dah rendam lama dah hilang rasanya.

 Ini tanya saya kan? So ini pendapat saya.

 Jawapan ini untuk isu bagi kanak-kanak BAWAH 2 TAHUN – NO SUGAR NO SALT.
Setelah direndam, hilang rasa masin adakah 100% pasti benar-benar hilang?
Seperti kita memasak, masuk sikit garam, tak rasa masin. Tapi memang dah masukkan pun garamnya.


So garamnya tetap ada.
Isu bilis..jika sudah benar-benar pasti garam sudah 100% hilang.. oklah.
Jika tidak, saya pilih untuk cari alternatif lain untuk anak. Apatah lagi makanan semulajadi ciptaan Allah ini subhanallah sangat banyak.

 Adakah bilis saja sumber perasa untuk makanan anak?
Itu sayalah.Lain orang lain pendapatnya.

 Tujuan post ini, untuk isu adakah benar-benar sesuai untuk anak bawah 2 tahun? Sesuai atau tidak..adakah alternatif lain atau tak..kita tentukan sendiri.

 Ini juga bukan post untuk condemn peniaga lain. BUKAN, YA.Ini post untuk kita renung sejenak kerana sebelum ini pernah timbul isu

• ada yang ingatkan bilis itu masin daripada awal

• gunakan bilis yang masin itu, sangai, kisar dan berikan kepada bayi.

• rasa sesuatu yang ‘wajib’ bagi bilis pada bayi.


Amalkan INFORMED DECISION sebelum memilih sesuatu.



Ambil tahu.
Mahu ambil, tak mahu ambil..dua-dua perlu dipilih melalui informed decision.
Itu tujuan post ini.

sumber : Ainini Zainal
 
Copyright © 2014 PenangKini.