BREAKING NEWS

Wednesday, 26 July 2017

Cara Mudah Tukar Nombor Telefon Lama Ke Nombor Baru Di Akaun Whatsapp Anda

Cara mudah menukar nombor telefon mudah alih anda dari nombor lama ke nombor baru dalam satu akaun Whatsapp yang sama.Jadi semua data dan kumpulan Whatsapp yang anda sertai akan di pindahkan ke akaun nombor baru tersebut tanpa satu pun yang tercicir.

Cara Tukar Nombor Telefon Lama Ke Baru Di Akaun Whatsapp Anda
Cara Mudah Tukar Nombor Telefon Lama Ke Baru Di Akaun Whatsapp Anda


Permulaan anda perlu klik pautan di hujung sebelah kanan pemuka Whatsapp anda;

  1. Klik pada pautan ACCOUNT
  2. Kemudian klik pada CHANGE NUMBER
  3. Sila baca peraturan yang ada,antaranya telefon yang sedang anda guna itu mampu menerima SMS atau panggilan pengesahan dari pihak Whatsapp.Selepas itu klik pada NEXT di hujung atas sebelah kanan.
  4. Isikan ruang kosong bahagian atas untuk nombor telefon bimbit lama anda dan ruang bawah untuk nombor telefon yang baru.Selepas itu anda mungkin menerima SMS pengesahan dari pihak Whatsapp.
  5. Klik DONE dan anda selesai.
 
Copyright © 2014 PenangKini.