BREAKING NEWS

Thursday, 13 July 2017

Dr. Ariffin Omar Penipu Besar : Isu Murtad Isu Serius

Klik Artikel berkenaan << SINI >>


Bila saya membuat laporan polis terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri Subang Jaya merangkap Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Hannah Yeoh, pada 17 Mei lalu kerana menyebarkan buku bertajuk “Becoming Hannah” merupakan satu cubaan untuk memujuk, mempengaruhi, atau menghasut seorang lain yang bukan beragama Kristian, termasuk yang beragama Islam, supaya menjadi penganut atau anggota agama Kristian atau supaya cenderong kepada agama Kristian”, beberapa pihak tertentu telah memperlekehkan saya dengan mendakwa bahawa isu murtad bukanlah satu isu yang serius di Malaysia.

Semua perlekehan ini paling mudah digambarkan oleh kenyataan Naib Pengerusi Kebangsaan DAP yang merupakan Ahli Dewan Negara, iaitu Dr Ariffin Omar, yang menulis di dalam Facebook beliau pada 18 Jun lalu bahawa “time and again the question has been raised in Parliament as to how many Malays have become Christians and the answer has been less than 10” (“telah berulang kali soalan dikemukakan di Parlimen mengenai berapa ramai orang-orang Melayu yang memeluk agama Kristian dan jawapannya adalah kurang daripada 10 orang”).

Bagi menyemak kebenaran apa yang diperkatakan oleh Dr Ariffin ini, dan bagi mengetahui tahap keseriusan atau ketidakseriusan isu murtad ini, saya telah membuat semakan yang agak rapi terhadap kandungan Penyata Rasmi Parlimen sepanjang 30 tahun kebelakangan ini.

Hasilnya, saya mendapati bahawa Presiden dan Timbalan Presiden kepada parti politik yang paling kuat menyerang saya, selain DAP, iaitu AMANAH, sendiri pernah mengakui bahawa isu murtad adalah satu isu yang serius di Malaysia.

Presiden AMANAH, Mohamad Sabu, yang waktu itu merupakan Ahli Parlimen PAS Kubang Kerian, menyebut di dalam sidang Dewan Rakyat pada 13 November 1996 bahawa “masalah murtad berlaku begitu berleluasa sekarang” dan “masalah murtad berlaku agak berleluasa mutakhir ini di Malaysia”.
Timbalan Presiden AMANAH, Salahuddin Ayub, yang waktu itu merupakan Ahli Parlimen PAS Kubang Kerian, juga menyebut di dalam sidang Dewan Rakyat pada 18 Mac 2009 bahawa “saya rasa ada ribuan kes (murtad) dalam mahkamah khususnya Mahkamah Syariah dan juga Peguam-Peguam Syarie yang kita lihat berlaku pada hari ini”.

Seorang pemimpin PAS yang kini begitu lantang sekali mengkritik parti beliau sendiri, iaitu Datuk Mahfuz Haji Omar, malah menyebut, selaku Ahli Parlimen PAS Pokok Sena, di dalam sidang Dewan Rakyat pada 20 Mac 2000 bahawa “murtad yang berlaku dalam negara kita sangat dahsyat”, bahawa “bagi saya murtad walaupun seorang, ianya perkara yang sangat besar dalam menjaga martabat dan mempertahankan maruah Islam” dan bahawa “isu murtad sehingga sekarang masih berjalan dan berlaku di dalam negara kita”.

Dari segi angka umat Islam yang murtad, Datuk Mahfuz menyebut di dalam sidang Dewan Rakyat pada 20 Mac 2000 itu bahawa “sehingga tahun 1998, mengikut Jabatan Pendaftaran Negara, jumlah yang memohon untuk menukar daripada nama Islam kepada nama bukan Islam sebanyak 795 orang” dan bahawa “ini adalah satu angka yang sangat mencemaskan masa depan masyarakat dan rakyat khususnya orang-orang Islam dalam negara kita”.

Sebelumnya, di dalam sidang Dewan Rakyat pada 18 Disember 1996, Ahli Parlimen PAS Tumpat, Wan Mohd. Jamil Wan Mahmood, mendedahkan bahawa “menurut Pejabat Pendaftaran, orang yang murtad pada tahun lalu sudah meningkat kepada 300 orang lebih”.

Dato’ Ibrahim Ali [BEBAS, Pasir Mas], pula menyebut di dalam sidang Dewan Rakyat pada 2 November 2011 bahawa “dalam jawapan kepada Ahli Parlimen (DAP) Bakri (Er Teck Hwa) disebut ada 863 kes permohonan untuk menukar status agama Islam ataupun murtad daripada tahun 2000 hingga ke tahun 2010” dan bahawa “jumlah ini saya rasa menakutkan”.

Angka ini, yang sudah dianggap "sangat mencemaskan" oleh Datuk Mahfuz dan yang sudah dianggap "menakutkan” oleh Dato’ Ibrahim, hanyalah angka yang diketahui ekoran wujudnya permohonan untuk menukar nama atau status agama dan tidak termasuk mereka yang murtad tetapi tidak memohon untuk menukar nama atau status agama.

Kebimbangan mengenai keseriusan isu murtad ini sebenarnya bukan setakat disuarakan oleh Ahli-Ahli Parlimen PAS, termasuk oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, sendiri, malah ia juga turut pernah disuarakan oleh beberapa orang Ahli Parlimen UMNO di mana, bila Ahli Parlimen PKR Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin, menyebut di dalam sidang Dewan Rakyat pada 26 Februari 2009 bahawa “kita umat Islam di Malaysia hari ini sedang berdepan dengan isu murtad yang sangat serius”, dua orang Ahli Parlimen UMNO telah bangkit memperkatakannya.

Tan Sri Dr. Jamaludin Dato' Mohd. Jarjis, Ahli Parlimen Rompin, menyebut di dalam sidang Dewan Rakyat pada 26 Februari 2009 ini bahawa "apa kebimbangan Yang Berhormat tentang isu ini saya rasa bukan Yang Berhormat sahaja" dan bahawa “ramai, boleh dikatakan majoriti umat Islam amat bimbang isu (murtad) ini”. Seorang lagi Ahli Parlimen UMNO, iaitu Dato' Ismail Kasim [Arau], pula menyebut di dalam sidang yang sama bahawa "kita melihat seolah-olah ada usaha-usaha selain daripada gerakan-gerakan sulit yang berlaku yang menggunakan budaya misalnya cara mengajar Bible ataupun kitab Injil dengan menggunakan rehal dan sebagainya itu telah dibuat di beberapa tempat di Kuala Lumpur ini" dan bahawa “kita harus menghapuskan gerakan-gerakan (untuk memurtadkan umat Islam) ini dengan apa jua cara pun dengan kadar yang segera”.

Malah, Ahli Parlimen UMNO Sri Gading, iaitu Tan Sri Mohamad Haji Aziz, sebenarnya turut pergi lebih jauh lagi dengan mencadangkan di dalam sidang Dewan Rakyat pada 2 November 2011 supaya undang-undang murtad dapat digubal bagi membendung gejala murtad ini. Tegas beliau, “kalau dibiarkan, (cubaan-cubaan yang dibuat secara langsung atau tidak langsung oleh pihak-pihak yang tertentu yang berusaha dengan berbagai-bagai-bagai cara baik kasar, baik halus, baik lembut, baik yang mempunyai telunjuk lurus kelingking berkait untuk memurtadkan umat Islam) akan mendatangkan kemudaratan kepada negara”. Saran beliau lagi, “kalau boleh, bijak pandai di Bahagian Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri boleh agaknya menggubal undang-undang murtad ini supaya dapat memenuhi kehendak orang-orang yang begitu bimbang, orang-orang Islam akan terpengaruh dan menjadi murtad lebih ramai daripada kegiatan-kegiatan yang dijalankan oleh sesetengah pihak”.

Oleh itu, nyatalah tidak benar sama sekali jika didakwa bahawa isu murtad bukanlah satu isu yang serius di Malaysia.

Sumber dari Facebook : Kamarul Yusoff
 
Copyright © 2014 PenangKini.