BREAKING NEWS

Sunday, 23 July 2017

Dr M tidak layak sentuh sistem kehakiman negara - Khairy Jamaluddin

BAGAN SERAI: Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak layak dan tidak mempunyai kredibiliti untuk menyentuh isu kehakiman di negara ini, kata Khairy Jamaluddin.
Ketua Pemuda UMNO itu berkata Dr Mahathir perlu sedar beliau orang yang bertanggungjawab mencetuskan krisis Perlembagaan di negara ini pada tahun 1988.
“Krisis Perlembagaan pada tahun 1988 berlaku apabila beliau memecat Ketua Hakim Negara, Tun Mohamad Salleh Abas serta 5 lagi hakim kanan dan (krisis) itulah yang hendak kita pulihkan sampai hari ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Bagan Serai di sini.


Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan mengulas status beliau di Twitter hari ini yang menyebut: “Dengan segala hormat, Tun Mahathir tidak mempunyai kredibiliti untuk bercakap mengenai badan kehakiman. Sebuah institusi yang menjadi lemah semasa pentadbiran beliau”.
Awal bulan ini, sambil menyatakan sokongan kepada Anwar untuk diangkat menjadi perdana menteri, Dr Mahathir mendakwa bekas timbalannya itu tidak dilayan dengan adil serta keputusan mahkamah dalam kes Anwar jelas dipengaruhi kerajaan.
Anwar dikenakan hukuman penjara 5 tahun pada Februari 2015 kerana kesalahan liwat. Beliau pertama kali dipenjarakan pada 1998 kerana kesalahan rasuah dan liwat.
















 
Copyright © 2014 PenangKini.