BREAKING NEWS

Thursday, 13 July 2017

Gerakan selar Kerajaan P.Pinang bina rumah kurang sambutan


12 JULAI: Gerakan Pulau Pinang mempersoalkan tindakan kerajaan negeri meluluskan pembangunan rumah mampu milik (RMM) pada harga melebihi RM100,000 sekalipun sambutan kurang mengalakkan.
Ketua Biro Publisitinya, Ooi Zhi Yi mendakwa keputusan berkenaan menguntungkan pihak tertentu.
 “Apakah motif kerajaan diketuai DAP dalam membuat perancangan tersebut?
“Adakah menyediakan perumahan untuk rakyat Pulau Pinang atau menguntungkan ahli-ahli korporat merupakan objektif utama kerajaan negeri?,” katanya di Pulau Pinang hari ini.
Menurutnya, berdasarkan data yang diperoleh daripada Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC), sebanyak 12,933 unit rumah kediaman yang tidak terjual di negeri itu hingga suku keempat 2016.
Zhi Yi berkata daripada jumlah itu, 284 unit rumah yang tidak terjual berharga RM50,000 ke bawah, 378 unit (RM50,001 hingga RM100,000), 1,918 unit (RM100,001 hingga RM300,000) dan 10,353 unit (lebih daripada RM300,000).
“Bilangan perumahan tidak terjual yang rendah berada dalam julat harga RM100,000 ke bawah telah membuktikan bahawa permintaan dalam kategori tersebut adalah tinggi.
“Kenapakah kerajaan negeri tidak membina lebih banyak pembangunan perumahan tersebut,” katanya.


 
Copyright © 2014 PenangKini.