BREAKING NEWS

Tuesday, 18 July 2017

GST Benar-Benar Boleh Memusnahkan Sesebuah Negara?


Adakah anda tahu bahawa negara pertama di dunia yang memperkenalkan GST adalah Perancis pada tahun 1954? Kadar semasanya ialah 19.6%.

Jerman juga memperkenalkan GST pada tahun 1968. Ia kini berada pada 19%.

Denmark (1967 – 25%), Sweden (1969 – 25%) dan Norway (1970 – 25%) juga awal menggunakannya.

UK juga menggunakan GST pada awal tahun 1973 dengan kadar semasanya pada 29%

Di rantau ASEAN, Indonesia adalah yang pertama melaksanakannya pada tahun 1984 dengan kadar semasanya pada 10% diikuti oleh Thailand pada tahun 1992 (7%) dan Singapura pada tahun 1993 (7%).

Malaysia adalah antara yang terakhir untuk melaksanakan (2015 – 6%).

Mengapa Sistem GST 0% Pakatan Tidak Masuk Akal & Ada Sebab Tersembunyi

Di rantau ASEAN, hanya Myanmar (yang mempunyai cukai perolehan yang membebankan) dan Brunei (yang tidak mempunyai cukai) belum melaksanakan GST.

Sejak tahun 2009, negara-negara berikut juga melaksanakan GST – India, Mesir, Gambia, Saint Kitts and Nevis, Congo, Laos, Seychelles, Niue, Grenada dan Sierra Leone.

Tahun depan pada 1 Januari 2018, GST juga akan bermula di Bahrain, Kuwait, Qatar, Arab Saudi, Oman dan Emiriah Arab Bersatu

Negara-negara ini juga menyatakan mereka akan melaksanakan GST selepas 2018: Afghanistan, Bahama, Bhutan, Kiribati, Kepulauan Marshall, Micronesia, Palau, Sao Tome dan Principe, Syria.

Pakatan Dicabar Kemukakan Pelan Ekonomi Alternatif Jika Mahu Mansuhkan GST

Sekiranya GST benar-benar memusnahkan sebuah negara maka Perancis, Jerman dan UK sudah lama telah bungkus dan tidak akan ada begitu banyak negara bergegas untuk melaksanakan GST juga.

Hentikan mempercayai propaganda pembangkang yang ingin memundurkan negara kita dan bukannya memajukannya untuk menjadi kurang kompetetif sehingga lemah berbanding seluruh dunia dari segi daya saing.
 
Copyright © 2014 PenangKini.