BREAKING NEWS

Wednesday, 5 July 2017

Guan Eng pembuli media


5 JULAI: DAP dilabelkan cuba menyekat kebebasan media selepas memperhebatkan serangan menakut-nakutkan wartawan yang melaporkan berita negatif  berkenaan parti itu.
Timbalan Pengarah Pasukan Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Eric See-To mengelar DAP sebagai pembuli selepas sanggup mengugut media yang tidak berpihak kepada mereka.
“Adakah DAP masih percaya dalam kebebasan bersuara dan kebebasan media?” soalnya.
Dalam kenyataanya, See-To mengulas lanjut susulan beberapa akhbar berbahasa Cina seperti Guang Ming dan China Press menerima notis ancaman saman  daripada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.
Dilaporkan sebelum ini bahawa China Press menerima notis tuntutan saman undang-undang dan sudah mengadakan sidang akhbar bersama Ketua Pemuda Gerakan Pulau Pinang, Jason Loo.
“Ini adalah kali pertama akhbar berkenaan menerima ancaman undang-undang daripada Guan Eng,” katanya dalam satu kenyataan, Rabu.
Pada masa yang sama, See-To juga mendakwa beliau menerima ancaman saman daripada Lim Guan Eng
“Dalam kes saya, Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang juga mahu menyaman New Straits Times yang melaporkan  kenyataan akhbar saya,” jelasnya
Justeru beliau mengesa kerajaan negeri diketuai DAP menumpukan perhatian menjawab segala kontroversi yang terpalit kepada kerajaan negeri daripada mengancam pengamal media.

“Lebih baik Guan Eng menjawab tuntutan dan pertanyaan daripada cuba membuli media supaya tidak lagi melaporkan berita negatif tentang DAP.
 
Copyright © 2014 PenangKini.