BREAKING NEWS

Wednesday, 26 July 2017

HARGA TAMBANG BAGI MRT MALAYSIA 2017


Harga bagi tambang MRT bermula dari RM0.80 sehingga RM6.40 bergantung kepada jarak. Cara pembayaran ada 2 kaedah yang disediakan iaitu secara token (tunai) atau Touch N’ Go. Harga bagi token dan Touch N’ Go berbeza tau. Mana lagi murah?? Ok untuk harga yang lebih murah adalah penggunaan Touch N’ Go tetapi bagi 2 station berdekat harga adalah sama. Korang boleh lihat gambar rajah dibawah untuk melihat Harga Tambang Bagi MRT Malaysia 2017 atau memudahkan korang boleh ke website MRT Malaysia.
sumber gambar : http://denai.my/
sumber gambar : http://denai.my/
Terkini  terdapat 2 fasa laluan MRT yang telah siap dan beroperasi.
  • Fasa 1 Laluan MRT SBK dijangka beroperasi dari 16 Disember 2016; meliputi 12 stesen antara Sungai Buloh dan Semantan.
  • Fasa 2 Laluan MRT SBK, meliputi baki 19 stesen antara Semantan dan Kajang, dijadualkan untuk beroperasi pada pertengahan Julai tahun depan.
Waktu Operasi
Waktu Operasi MRT adalah setiap hari, bagi hari Isnin sehingga Jumaat waktu operasi bermula dari jam 6.00 pagi sehingga 12.00 tengahmalam. Manakala hujung minggu pula iaitu Sabtu dan Ahad beroperasi dari jam 6.00 pagi hingga 11.00 malam sahaja.
Kemudah Lain Yang Disediakan
MRT juga menyediakan kemudahan lain terutamanya kemudahan bas pengantara (bus shuttle). Bas ini berfungsi untuk membawa penumpang yang ingin dapatkan perkhdimaran tren MRT dari kawasan perumahan korang. Ianya tertaluk kepada lokasi tertentu. Harga tambang pun tak mahal, dan ianya memudahkan korang dari kawasan rumah untuk ke station utama MRT.
Kadar Tambang Bas Perantara MRT
Kadar Tambang Bas Perantara MRT
Selain itu setiap station ada disediakan beberapa kemudahan awam seperti tandas dan surau. Untuk kemudahan lift juga disediakan bagi memudahkan golongan orang kurang upaya (OKU), warga emas dan keluarga yang membawa anak menggunakan stroller. Tempat parking kereta juga disediakan beberapa lokasi dan ianya bagus untuk mengurangkan kesesakkan lalu lintas di bandar Kuala Lumpur.
Tiada alasan lagi untuk korang menaiki MRT kerana segala kemudahan telah disediakan. Cuma Mrsyanie agak terkilan baru-baru ini dilaporkan dalam berita yang dah berlalu gejala vandalisme di station MRT yang baru. Tak sampai seminggu sudah ada yang kurang bertanggungjawab dan Mrsyanie berharap kita sama-sama jagalah kemudahan yang telah disediakan.
Untuk Tips Travel: KLIK
 
Copyright © 2014 PenangKini.