BREAKING NEWS

Thursday, 6 July 2017

Hari Warisan Pulau Pinang : Tiada Apa Yang Nak Diraikan


Esok 7 Julai 2017 adalah public holiday di #Penang sempena George Town World Heritage Day...

Pengiktirafan Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO untuk Bandaraya George Town adalah hasil usaha Kerajaan Negeri Barisan Nasional terdahulu. Cumanya pengiktirafan rasmi diberikan oleh UNESCO pada Julai 2008 iaitu selepas PRU-12 pada bulan Mac. Ia bukan hasil usaha Lim Guan Eng pun.

Sumbangan Lim Guan Eng kepada warisan Pulau Pinang adalah membenarkan dan memudahkan bangunan-bangunan dan tapak warisan di Pulau Pinang dijual kepada pembida-pembida tertinggi terutamanya dari Negara Singapura.

George Town diberi pengiktirafan sebagai tapak warisan dunia dalam kategori "living heritage"... warisan yang ada kehidupan.

Kini "the living heritages" semakin pupus dan hilang dari Bandaraya George Town. Mereka diusir keluar apabila bangunan berpindah milik kepada pemunya dari negara asing. Mereka terpaksa berpindah dan meninggalkan "trades" dan tradisi yang sebelum ini menjadi tarikan ke George Town.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak bersungguh-sungguh untuk menjaga warisan negeri ini. Enakmen Warisan Negeri diluluskan namun Kerajaan Negeri Pulau Pinang seperti mengheret kaki mereka untuk melaksanakan apa yang terkandung dalam enakmen dan melantik seorang Pesuruhjaya Warisan Pulau Pinang.

Kerajaan Negeri juga mengambil masa bertahun-tahun untuk mewartakan Pelan Struktur Negeri dan Special Area Plan untuk kawasan warisan dalam Bandaraya Geoge Town. Kerajaan Negeri tubuhkan Chief Minister Incorporated pada 2009 kononnya bertujuan untuk memelihara dan melindungi warisan Pulau Pinang. Namun begitu setelah CMI ditubuhkan ia digunakan sebagai agen untuk menjual harta dan tanah milik negeri.

Pencinta-pencinta Warisan Pulau Pinang khuatir jika sesuatu tidak dilakukan segera, pengiktirafan George Town sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO ini semakin terancam dan berkemungkinan akan ditarik balik.

p.s. Esok hari Jumaat, NO FREE PARKING walaupun esok public holiday. Harap maklum. Free parking only on Sunday.

Tulisan : Azizi Safar (Penganalisis Politik)
 
Copyright © 2014 PenangKini.