BREAKING NEWS

Monday, 24 July 2017

IPK P. Pinang tandatangani IBR

Lebih 700 kakitangan Ibu pejabat Polis Kontinjen negeri termasuk anggota polis dan barisan pentadbirannya hari ini menyempurnakan bacaan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Roslee Chik mengetuai bacaan ikrar itu di hadapan Pengarah SPRM negeri, Datuk Abdul Aziz Aban sebelum kedua-dua mereka menandatangani ikrar tersebut sebagai tekad memerangi jenayah berkenaan.


IBR merupakan komitmen sesebuah institusi dalam memerangi rasuah yang merupakan musuh nombor satu negara. -UTUSAN ONLINE


 
Copyright © 2014 PenangKini.