BREAKING NEWS

Monday, 10 July 2017

Jambatan kedua ditutup sehingga 14 Julai


Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS) akan ditutup sementara kepada semua kenderaan bermula jam 8.30 pagi sehingga 6.30 petang dari KM 16.04 hingga KM 18.6 bermula dari 10 hingga 13 Julai (menghala ke Batu Kawan) dan 14 Julai (menghala ke Pulau Pinang).

Laluan kontra akan diaktifkan di kedua-dua arah di kilometer terbabit bagi memudahkan aliran trafik dan aliran lalu lintas dijangka tidak akan terjejas. Penutupan laluan adalah bertujuan untuk memberi laluan kepada proses pemasangan sistem penderia di atas pilon di Rentang Navigasi Utama Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Proses pemasangan dijangka mengambil masa sekurang-kurangnya lima hari untuk diselesaikan, bergantung kepada keadaan cuaca.

Untuk sebarang pertanyaan atau maklum balas, pengguna dinasihatkan menghubungi JKSB di 1-300-30-2828 atau e-mel aduan@jambatankedua.com.my atau melalui akaun Facebook rasmi di www.facebook.com/jsahmsofficial dan ikuti Twitter @jsahmsofficial untuk info trafik semasa.





 
Copyright © 2014 PenangKini.