BREAKING NEWS

Monday, 3 July 2017

Jawatankuasa Fatwa tidak wajar ditekan - Reezal Merican

Jawatankuasa Fatwa Negeri tidak seharusnya diberi tekanan dalam melaksanakan tugas dan persnannya dan perlu dihormati semua pihak. Timbalan Pegerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang , Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, pekara sama jua terpakai di negeri ini yang mana jawatankuasa itu bertanggungjawab memastikan kepentingan umat islam terbela.

Dalam masa yang sama, beliau yang jiga ahli Parlimen Kepala Batas berkata, pekara tersebut juga selaras dengan pekara 3 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukan Agama Islam agama Persektuaan. "Perkembangan yang berlaku di negeri ini membabitkan konflik pewartaan fatwa yang dikeluarkan boleh dikekang oleh exco kerajaan negeri ," katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Aidilfitri anjuran Pas Negeri Pulau Pinang

Reezal Merican turut mengulas tindakan DAP Pulau Pinan yang yang sehingga kini tidak memhon maaf selepas dikecam umat Islam di negeri ini susualan pendedahan fatwa yang diputuskan oleh Majlis Fatwa harus dirujuk kepada Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri terlebih dahulu sebelum dibawa kepada Yang Dipertuan Agong.

Mengulas lanjut,Reezal Merican yang juga Timbalan Menteri luar berkata, Jawankuaasa Fatwa harus menjadi sebuah badan bebas yang tiak boleh diganggu oleh mana-mana pihak tertentu.

"dalam soal ini, UMNO tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama dengan pihak tertentu termasuk Pas dlam penyelesaian konflik pewartaan fatwa ini sekali gus mempertahan kepentingan umat Islam',
katanya.

Utusan


 
Copyright © 2014 PenangKini.