BREAKING NEWS

Friday, 7 July 2017

Jika DAP Terus Menipu, Batalkan Saja Perjanjian Penstrukturan Semula Air Pulau Pinang 2011

Sekiranya DAP terus berbohong dan memuji diri sendiri atas pengurangan 95% hutang bagi Pulau Pinang dan menggunakannya untuk menyerang Kerajaan Persekutuan, saya menyeru Kerajaan Persekutuan untuk membatalkan perjanjian Penstrukturan Semula Air 2011 dengan kerajaan Pulau Pinang.
Kerajaan Persekutuan telah membantu Pulau Pinang mengurangkan 95% hutangnya dengan mengambil alih aset air Negeri Pulau Pinang dan menukarkan pinjaman sebanyak RM655.24 juta kepada pembayaran pajakan 45 tahun sama rata sebanyak RM14.56 juta setahun yang Kerajaan Negeri Pulau Pinang bayar kepada Kerajaan Persekutuan.
Juga, sila tarik balik geran RM1.2 bilion daripada Kerajaan Persekutuan kepada Pulau Pinang yang diberikan dalam perjanjian yang sama tahun 2011 untuk mengembangkan Empangan Mengkuang memandangkan Kerajaan Pulau Pinang mengatakan Kerajaan Persekutuan tidak pernah membantu negeri itu.
Mereka boleh meminjam RM1.2 bilion daripada bank EXIM China.
DAP tidak mempunyai rasa malu mengulangi pembohongan ini yang mendakwa ia adalah kredit kepada mereka untuk pengurangan hutang 95% dan juga kerana mempunyai hutang negeri terendah.
Jika DAP dan Kerajaan Pulau Pinang masih berbohong dan menipu seperti ini, Kerajaan Persekutuan tidak harus memberi muka dan batalkan saja perjanjian itu.
Ini akan bermakna bukannya 95% pengurangan dalam hutang negeri, DAP kemudiannya boleh memuji diri mereka untuk MENGGANDAKAN hutang negeri kerana mereka perlu mengembalikan 95% dan juga menanggung tambahan RM1.2 bilion hutang untuk Empangan Mengkuang.
Biarlah Pulau Pinang mencari wang mereka sendiri untuk meluaskan empangan mereka dan biarkan hutang negeri mereka naik 95% kembali yang DAP suka bermegah di sana sini.
Jangan katakan Kerajaan Persekutuan adalah kejam atau zalim. DAP dan Kerajaan Pulau Pinang boleh menghentikan ini dengan meminta maaf kerana mengelirukan orang ramai dan berjanji tidak akan mengulangi propaganda bohong ini.
Kenapa Kerajaan Persekutuan harus menjadi baik apabila DAP jahat?
Kenapa Kerajaan Persekutuan tidak patut bertindak balas sekiranya DAP menggunakan bantuan Kerajaan Persekutuan untuk menghentam semula Kerajaan Persekutuan?
Oleh Lim Sian See/ Wakeup Malaya
 
Copyright © 2014 PenangKini.