BREAKING NEWS

Monday, 3 July 2017

Kenapa Saman Sivil DOJ Dianggap Bermotifkan Politik?


Banyak yang tanya penulis pasal Jho Low. Suatu hari nanti penulis akan tulis apa yang penulis PERCAYA telah berlaku.

Namun buat masa ini penulis hendak tulis, kalau PM kenal Jho Low, PM pernah berurusan dengan Jho Low; Jho Low ada perniagaan dengan keluarga PM, bukan bermakna jika Jho Low buat salah; maka PM juga bersalah atau PM terbabit dengan kejahatan beliau. Jika beliau jahatlah.

(Dulu masa Tun Mahathir ada satu nama Abdullah Ang. Pergilah cari cerita lama ini).

Kalau benar Jho Low berkomplot dengan Khadem Al Qubaisy dan Mohamad al-Husainny menipu IPIC dan 1MDB kita pun mahu melihat beliau ditangkap.

Tapi sampai sekarang mereka ini tidak ditangkap di mana-mana negara termasuk UAE negara IPIC yang memecat Kadeem dan Mohamad.

Yang kita kata tindakan DOJ bermotifkan politik ialah agensi tersebut saman sivil ke atas barangan yang dibeli oleh Jho Low dan Riza Aziz, namun tetap hendak sindir Perdana Menteri dan Isteri walaupun tidak nyatakan nama mereka.

US boleh tangkap Osama bin Laden, boleh tangkap al-Capone. FBI menyenaraikan penjenayah antarabangsa yang dikehendaki US.

Antara dalam “Wanted List” FBI babitkan penjenayah antarabangsa ialah Evgeniy Bogachev. Beliau merupakan penjenayah siber dari Russia.

” This Russian cyber criminal tops the list of FBI’s most wanted hackers in the world. Popularly known as ‘Lucky12345’ and ‘Slavik’, he is the mastermind behind the Zeus Banking Trojan malware which resulted in a theft of $100 million.”

Soalnya mengapa sehingga sekarang FBI tidak menyenaraikan Jho Low yang dikatakan telah menggubah wang haram lebih USD 1 Billion; dan mengakibatkan skandal perbankan di Singapura, Swiss, Belanda serta krisis kepercayaan terhadap syarikat pelaburan milik negara Malaysia (1MDB) dan UAE (IPIC).

Jika benar FBI telah menjalankan siasatan terperinci dan mempunyai bukti jelas penyelewengan berbilion USD ini, mengapa tiada tindakan “criminal” dibuat ke atas Jho Low?

Penulis percaya mana-mana rakyat Malaysia pun mahu melihat Jho Low ditangkap jika benar beliau merupakan penyeleweng wang 1MDB dan IPIC.

Malangnya sehingga kini DOJ main acah-acah saja untuk menyusahkan Jho Low dan Riza Aziz tetapi dalam masa yang sama cuba memburukkan nama Perdana Menteri Malaysia.

US di sebalik segala mitos kehebatannya telah berkali-kali terbukti melakukan kesilapan, pemalsuan bukti dan penambahan bukti dalam usaha menangkap penjenayah atau campur tangan dalam negara asing.

Jadi apa pun dakwaan DOJ, kita wajar meragui niat US kerana mereka tidak langsung mahu mendakwa Jho Low di bawah kes jenayah. Tiada waran tangkap ke atas beliau dikeluarkan.

Yang ada hanyalah saman sivil atas kepercayaan bahawa harta yang dibeli oleh Jho Low membabitkan wang 1MDB yang diselewengkan.umnoonline
 
Copyright © 2014 PenangKini.