BREAKING NEWS

Thursday, 13 July 2017

Kerajaan Negeri DAP P.Pinang sengaja bayar lebih kos rundingan

13 JULAI: Ketua Pembangkang Pulau Pinang Datuk Jahara Hamid mendakwa, kerajaan negeri yang diteraju DAP itu mungkin sengaja membuat pembayaran lebih empat kali ganda terhadap yuran rundingan bagi tiga batang jalan projek terowong bernilai RM117.5 juta atas agenda yang tidak diketahui.
“Tidak mahulah cakap sudah kenapa mereka bayar lebih. Awak pun sudah tahu mereka saja nak bayar lebih.
“Itu cerita lama. Semua orang sudah beri komen mengenai isu tersebut. Macam-macam isu. Sudah tak larat dah nak cakap bab itu,” katanya.

Dalam pada itu, MCA Pulau Pinang menuntut penjelasan kerajaan negeri berhubung isu terlebih bayaran yuran itu seperti yang diberitahu Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof.
 
Copyright © 2014 PenangKini.