BREAKING NEWS

Friday, 7 July 2017

Mahathir Nyanyuk, Ordinan Darurat & ISA Sudah Tiada


Dalam entri terbaharu di blognya, Dr. Mahathir yang masih terpana dengan kenangan silamnya sebagai Perdana Menteri, membayangkan Najib Abdul Razak akan menggunakan undang-undang untuk memastikan PRU-14 tidak dilangsungkan.
Sudah pastilah kenyataan Dr. Mahathir itu akan disambut dengan penuh gegak gempita oleh para penyokongnya yang akan mengangguk-angguk dan membenarkan setiap kenyataannya.
Mahathir cuba menjadikan Akta Majlis Keselamatan Negara sebagai satu lagi perisytiharan Darurat yang membolehkan sebuah Mageran mengambilalih pentadbiran negara, sekaligus tidak membolehkan Parlimen berfungsi. Apabila Parlimen tidak berfungsi, bermakna Parlimen juga tidak boleh dibubarkan bagi memberi laluan kepada mandat baru diperolehi daripada rakyat menerusi pilihanraya umum.
Najib Abdul Razak sebelum ini dikecam kerana telah melupuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan Ordinan Darurat yang telah digunakan secara meluas oleh Dr. Mahathir ketika cuba mengekalkan kuasanya selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri.
Sebaliknya di bawah pentadbiran Najib Abdul Razak, SOSMA diperkenalkan bagi menggantikan ISA dan ramai yang berpendapat, SOSMA hanyalah kosmetik dan sebagai ‘undang-undang tidak bergigi’ kerana akta tersebut tidak berkesan menyekat atau menghalang sebarang elemen subversif di negara ini. Kebanyakan elemen-elemen subversif lebih banyak ditangani menggunakan Akta Hasutan, POTA dan POCA. Pada tahun 2016, Akta MKN pula diluluskan oleh Parlimen walaupun para pemimpin pembangkang cuba menggambarkan Akta MKN sebagai ISA dan Ordinan Darurat baru.
Tiada lagi penahanan ahli politik tanpa perbicaraan dan kemudian dihumban ke dalam Pusat Tahanan Kamunting selama 2 tahun seperti yang berleluasa pada zaman Mahathir. Sebaliknya mereka yang ditahan di bawah POTA dan POCA pula, terdiri daripada anggota-anggota pelampau IS dan penjenayah yang kemudian diberikan peluang keadilan menggunakan mahkamah yang tidak wujud pada zaman Mahathir. Begitu juga dengan mereka yang ditangkap di bawah Akta Hasutan.
Berbeza dengan pentadbiran Mahathir yang seringkali mengambil tindakan menahan dan memenjarakan pemimpin terutama dari kalangan pembangkang dan mereka yang mengancam kedudukannya, strategi tersebut tidak diamalkan oleh Najib. Sebaliknya, Najib memberikan kebebasan mutlak kepada mereka, termasuklah menfitnahnya 24 jam sehari dan 7 hari seminggu. Kalau ada pun, mereka hanya diseret ke mahkamah atas tuduhan fitnah. Dan sebahagian besar daripada mereka, dimaafkan dan penyelesaian dibuat di luar mahkamah.
Kata Mahathir dalam entri terbaharunya,Najib akan bertindak keras terhadap pemimpin pembangkang menjelang PRU-14. Langkah tersebut adalah bertujuan untuk menakut-nakutkan pengundi an mengucar-ngacirkan musuh politik Najib.
Dakwaan Mahathir itu sebenarnya langsung tidak berasas. Sebenarnya, Mahathir yang lebih takut dengan bayang-bayangnya sendiri terutama apabila Kabinet bersetuju dengan desakan bertahun-tahun Lim Kit Siang – sekutu rapat Dr. Mahathir sendiri – agar satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan untuk menyiasat kerugian Bank Negara dalam urusniaga hadapan tukaran matawang (FOREX) pada tahun 1990-an.
Menurut Akta MKN 2016 pada Seksyen 18 (2), suatu perisytiharan yang dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah:
(a) terpakai hanya bagi apa-apa kawasan keselamatan yang dinyatakan dalam perisytiharan itu; dan
(b) terhenti berkuatkuasa apabila habis tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen (3) atau apabila habis tempoh pembaharuan yang dinyatakan dalam subseksyen (4) atau mengikut subseksyen (6).
Dalam subseksyen (1) dinyatakan, Perdana Menteri boleh jikalau difikirkannya perlu demi kepentingan keselamatan negara, mengisytiharkan secara bertulis kawasan itu sebagai kawasan keselamatan setelah dinasihati oleh Majlis bahawa keselamatan mana-mana kawasan di Malaysia diganggu atau diancam dengan serius oleh mana-mana orang, perkara atau benda yang menyebabkan atu berkemunginkan untuk menyebabkan bahaya yang serius kepada orang ramai atau bahaya yang serius kepada wilayah, ekonomi, infrastruktur utama negara Malaysia atau apa-apa kepentingan Malaysia yang lain dan memerlukan tindakan negara secara serta-merta. (RUJUK SINI)
FANTASI MAHATHIR kononnya, Najib akan menggunakan Akta MKN untuk menghalang PRU-14 seterusnya membenarkan Mageran mengambilalih pentadbiran negara, tidak lebih daripada satu kepercayaan bodoh yang terbit daripada dosa-dosa silamnya terhadap rakyat Malaysia.
Sebabnya ialah, Akta MKN tidak seperti Ordinan Darurat yang telah dimansuhkan pada tahun 2011!
Sumber: The Flying Kick
 
Copyright © 2014 PenangKini.