BREAKING NEWS

Thursday, 6 July 2017

Malaysia kutuk pelancaran peluru berpandu Korea Utara

Malaysia kutuk pelancaran peluru berpandu Korea Utara
Malaysia menggesa agar disambung semula dengan segera dialog dan rundingan antara Korea Utara bersama pihak berkaitan bagi mencari penyelesaian damai di Semenanjung Korea. - Reuters
PUTRAJAYA: Malaysia mengutuk pelancaran peluru berpandu Korea Utara semalam dan menggesa negara tersebut agar memenuhi tanggungjawab antarabangsa dalam mengekal keamanan dan keselamatan.

Wisma Putra berkata Malaysia menggesa agar disambung semula dengan segera dialog dan rundingan antara Korea Utara bersama pihak berkaitan bagi mencari penyelesaian damai di Semenanjung Korea.
"DPRK (Korea Utara) yang sering enggan mematuhi tanggungjawab antarabangsa seperti yang termaktub di bawah resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu menjadi keprihatinan besar dalam konteks keamanan dan keselamatan antarabangsa," kata Wisma Putra dalam satu kenyataan.

Ia berkata pelanggaran terang-terang Korea Utara ke atas resolusi Majlis Keselamatan secara serius menjejaskan pelucutan senjata dan perjanjian pengawalan senjata nuklear.

"Tindakan Korea Utara ini boleh menjejaskan lagi situasi yang sedia tegang di Semenanjung Korea," kata Wisma Putra.

-- BERNAMA
 
Copyright © 2014 PenangKini.