BREAKING NEWS

Tuesday, 4 July 2017

Media sosial bantu BN rampas Pulau Pinang


BANGI: GERAKAN memanfaatkan sepenuhnya platform media sosial bagi menghebahkan agenda parti dalam meraih undi rakyat terutama golongan belia di Pulau Pinang, sekali gus membantu Barisan Nasional (BN) merampas kembali negeri itu daripada DAP.

Presidennya, Datuk Seri Mah Siew Keong, berkata GERAKAN bersama parti komponen BN sentiasa berdialog bagi membincangkan penyelesaian terbaik menangani isu alam sekitar di Pulau Pinang.

Beliau yakin usaha pihak terbabit akan berhasil dalam meraih sokongan rakyat bagi memastikan BN mentadbir Pulau Pinang selepas Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

 "Dalam dua, tiga tahun kebelakangan ini, kita banyak berunding dengan parti komponen dalam memikirkan usaha mendapatkan sokongan pengundi Pulau Pinang.

"Kita tidak menguasai media sosial ketika PRU-13, justeru kita akan beri fokus terhadap penggunaan media baharu menjelang PRU kelak," katanya pada sidang media Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) di sini, hari ini.


Terdahulu, beberapa portal media dalam talian melaporkan UMNO Pulau Pinang mengharap kerjasama dan komitmen parti komponen BN untuk merampas kembali negeri berkenaan. Ketua Pembangkang, Datuk Jahara Hamid, berkata  BN perlu memenangi sekurang-kurangnya 21 kerusi di Pulau Pinang bagi PRU-14, sekali gus mengharapkan kerjasama padu GERAKAN, MCA dan MIC.


 
Copyright © 2014 PenangKini.