BREAKING NEWS

Thursday, 13 July 2017

Nantikan! Pelaksanaan Hukuman Sebat Di Khalayak Ramai Di Kelantan

Kelmarin, Dewan Undangan Negeri Kelantan sebulat suara meluluskan rang undang-undang (RUU) Enakmen Tatarara Jenayah Syariah 2002 (Pindaan 2017) yang antara lain membolehkan hukuman sebat dijalankan di khalayak ramai.

Memetik laporan The Star, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menjelaskan sebatan di khalayak ramai adalah menepati kehendak agama Islam.

Bagaimana pun tambah beliau keputusan sama ada sebatan itu dilakukan di penjara mahupun di khalayak ramai akan diputuskan oleh Mahkamah Syariah.

Dalam pada itu, 33 fasal lain dalam Enakmen tersebut yang dipinda itu termasuk juga memperuntukkan kuasa kepada pegawai penguat kuasa agama untuk menggunakan gari ke atas suspek jenayah syariah dan membenarkan video digunakan sebagai bahan bukti dalam perbicaraan.

Difahamkan, pindaan rang undang-undang (RUU) tersebut secara sebulat suara diluluskan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang hadir ketika itu
 
Copyright © 2014 PenangKini.