Video rahsia gerakan bahaya pihak pembangkang kini bongkar! #kltu #jbtu
-
Ada siapa - siapa yang tidak mahu anak mereka dilahirkan beragama Islam?
Kalau ya jangan lupa undi Cina DAP pada PRU - 14 yang akan datang.
Secara jujur...
Sunday, 16 July 2017
Olahraga Para Dunia: Ziyad pecah 1 lagi rekod dunia
Posted by Penang Kini on 11:44 in alam negeri nasional sukan Terkini | Comments : 0
Atlet para Malaysia, Muhamad Ziyad Zolkefli memecah 1 lagi rekod dunia dalam acara lontar peluru lelaki F20 pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2017 di London semalam.
Pada acara yang berlangsung di Stadium London, Queen Elizabeth Olympic Park, Muhammad Ziyad melakukan lontaran 17.29 meter (m), memperbaharui rekod dunia miliknya yang dilakukan pada temasya Sukan Paralimpik di Rio tahun lepas iaitu 16.48m.
Pingat perak diraih oleh atlet dari Ecuador, Stalin David Mosquera dengan jarak 16.61m manakala pemenang pingat emas Paralimpik 2012 Tod Hodgetts dari Australia membawa pulang gangsa dengan lontaran 15.94m.
“Saya datang ke sini untuk membawa pulang sesuatu kepada negara saya. Ini adalah rekod dunia ke-2 saya dan saya sangat bangga. Saya berlatih dengan bersungguh-sungguh untuk pencapaian ini. Saya bangun pagi ini (Sabtu) dan berfikir mungkin saya dapat memecahkan rekod dunia.
“Saya selalu impikan untuk melakukannya dan malam ini saya berjaya. Rekod dunia, juara Paralimpik dan kini juara dunia – ia sangat bagus.
“Saya benar-benar tertekan apabila melihat jarak lontaran yang dibuat atlet Australia tetapi saya tahu ia tidak begitu jauh. Saya tahu ia salah. Saya sangat beremosi tetapi jurulatih menenangkan saya. Ini mengganggu saya tetapi sekarang saya sangat gembira memenangi acara ini,” kata Muhamad Ziyad seperti dipetik dalam laman web rasmi Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC).
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)