BREAKING NEWS

Wednesday, 12 July 2017

PAS: Kenapa DAP takut buat pemilihan?


11 JULAI: PAS mengesa DAP mematuhi arahan Pendaftar Pertubuhan (RoS) supaya mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC).
Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata kepimpinan DAP perlu bertanggung jawab dalam menanganinya.
“Kita nak bagi pandangan, tetapi pada saya elok dia ikut permintaan RoS itu kerana negara kita ada undang-undang.
“Aduan itu dibuat oleh ahli DAP sendiri, tentu ada asas. Apa takutnya buat pemilihan? Apa nak takut kalau tak ada masalah dalaman?,” soalnya selepas menghadiri Sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan, hari ini.
Pada Jumaat, RoS dalam satu kenyataan memutuskan bahawa pemilihan CEC parti serpihan PAP itu pada 29 September 2013  dianggap tidak sah dan pemilihannya perlu diadakan semula.
Bagaimanapun, pimpinan DAP masih enggan mengadakan pemilihan semula, sebaliknya bercadang untuk berjumpa dengan RoS bagi mendapatkan penerangan lanjut.
Sementara itu, Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan menafikan bahawa kerajaan negeri tidak komited dalam memerangi rasuah serta melakukan ‘Ikrar Bebas Rasuah’ (IBR) seperti yang didakwa oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Sebaliknya, beliau menjelaskan bahawa giliran Kerajaan Kelantan untuk memetrai IBR belum tiba dan persiapan sedang dilakukan oleh setiausaha kerajaan negeri.
 
Copyright © 2014 PenangKini.