BREAKING NEWS

Sunday, 9 July 2017

Pemilihan semula: Masanya LGE buktikan kejantanan pertahankan jawatan - Datuk Huan Cheng Guan



Pendaftar Pertubuhan Malaysia (RoS) hari ini telah membuat keputusan berlandaskan kepada Akta Pertubuhan 1966 dan perlembagaan Parti DAP itu sendiri bahawa parti DAP perlu mengadakan sekali lagi pemilihan semula Ahli Jawatankuasa Pusat (CEC) yang baharu.
Menurut Timbalan Presiden PCM, Datuk Huan Cheng Guan keputusan yang dibuat oleh RoS hari ini membuktikan bahawa barisan tertinggi kepimpinan parti DAP telah menipu dalam pemilihan parti mereka pada pemilihan tahun 2013.
“Perlu diingatkan bahawa skandal penipuan dalam pemilihan CEC DAP ini telah dilaporkan oleh ahli DAP sendiri dimana ahli DAP tidak berpuas hati dengan kepincangan terhadap proses-proses pemilihan semula CEC DAP yang dijalankan pada 29 September 2013 yang lalu,” katanya menerusi satu kenyataan media pada Jumaat.
Tambah Cheng Guan dengan keputusan RoS ini Lim Guan Eng serta bapa beliau Lim Kit Siang tidak lagi berdrama dengan memberikan seribu satu alasan untuk tidak melakukan pemilihan semula CEC DAP.
“Jika Lim Guan Eng anak jantan sudah semestinya beliau akan berani bertanding dan mempertahankan jawatan Setiausaha Agung parti yang disandang beliau sekarang,” sindirnya lagi.
Menurut Cheng Guan keputusan yang dibuat oleh RoS ini juga secara rasminya membuktikan bahawa barisan tertinggi kepimpinan parti DAP telah menipu dalam pemilihan parti mereka pada pemilihan tahun 2013.
“Ini membuktikan mereka semua adalah hipokrit apabila mengkritik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) konon nya tidak telus dalam PRU tetapi mereka sendiri adalah kaki penipu dalam pemilihan parti mereka.
“Saya berharap rakyat Malaysia buka mata dan lihat sendiri sikap hipokrit dan penipu pemimpin – pemimpin DAP ini. Adakah penipu sebegini yang kita mahu mentadbir kerajaan pada masa akan datang?” soalnya.
Mengikut Kenyataan Media RoS, pemilhan semula mesti berdasarkan senarai nama perwakilan yang hadir dan mengundi pada pemilihan CEC DAP pada 15/12/2012.


 
Copyright © 2014 PenangKini.