BREAKING NEWS

Friday, 14 July 2017

Pemuda Gerakan P. Pinang buat sidang akhbar 'tanpa suara'.


PULAU PINANG 14 Julai - Pemuda Gerakan negeri hari ini menunjukkan protes pada sesi sidang akhbar selepas menerima dua surat guaman daripada Ketua Menteri, Lim Guan Eng susulan tindakan mereka mempersoalkan penjualan tanah di Lebuhraya Peel di sini tanpa tender 'terbuka'.

Pemangku Ketuanya, Jason Loo bersama lima ahli lain mengadakan sidang akhbar tanpa mengeluarkan sebarang kenyataan dan soal jawab seperti kebiasaannya sebelum ini.

Sidang akhbar di Ibu Pejabat Gerakan hampir satu jam itu berlangsung dalam keadaan senyap dan mereka hanya mengedarkan kenyataan media bagi memaklumkan tujuan penganjurannya.


Menurut kenyataan itu, Guan Eng dikatakan turut mengeluarkan surat guaman kepada syarikat akhbar yang melaporkan kenyataan pihaknya berkenaan penjualan tanah berkenaan yang dibuat baru-baru ini.
 
Copyright © 2014 PenangKini.