BREAKING NEWS

Tuesday, 18 July 2017

Perlembagaan Parti Sendiri Pun Tidak Dimartabatkan, Bagaimana Pula Perlembagaan Negara?


Kemelut yang sedang melanda DAP saban hari seharusnya membuka mata rakyat Malaysia, menilai sejauh manakah parti yang mendabik dada dengan slogan Competency, Accountability and Transparency (CAT) ini tidak sekadar “menanam tebu di tepi bibir”.

DAP diarahkan untuk mengadakan pemilihan semula anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) berpandukan Akta Pertubuhan 1966 dan Perlembagaan Parti DAP berikutan perlantikan 20 anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP serta pemegang jawatan utama yang diadakan pada 29 September 2013 adalah tidak sah dari segi undang-undang.

Ini Adalah Pemilihan DAP Tahun 2012 Yang Tidak Sah, Perisian Excel Dipersalahkan

Jika perlembagaan parti sendiri pun tidak dimartabatkan, apa pula nasib perlembagaan negara jika ditangan mereka? Persoalan ini seharusnya dijadikan panduan dan rujukan, bagaimana secara konsisten satu demi satu perkara yang termaktub di dalam Perlembagaan negara cuba dicabar oleh pihak-pihak tertentu. Dari soal agama persekutuan, sehinggalah soal hak-hak istimewa bumiputera, saban waktu akan ada cubaan untuk mempertikaikan keberadaannya. Malah, urusan Majlis Fatwa negeri pun ada yang mahu mencampurinya.

Apa yang lagi yang hendak diharapkan dengan parti seperti DAP ini, yang tidak langsung memberi penghormatan kepada perlembagaan parti sendiri. Oleh yang demikian, janganlah harap kumpulan ini akan meletakkan Perlembagaan Negara di tempat yang selayaknya kelak, jika mereka diberi kuasa untuk mentadbir negara.

Diri sendiri pun mereka cuba tipu, inikan pula orang lain.

Sumber: MYKMU/Wakeup Malaya
 
Copyright © 2014 PenangKini.