BREAKING NEWS

Thursday, 27 July 2017

Pihak Katering Datang Selepas Majlis Perkahwinan Selesai, Tuan Rumah Terpaksa Masak Lauk Sendiri, pihak Katering Hanya Cakap

Mengadakan suatu majlis perkahwinan memerlukan persiapan yang rapi dan teliti. Dari segi sebelum, semasa dan selepas. Pendek kata dari pemakaian pengantin, goodies, lauk pauk, make-up dan segala segi nak difikirkan. Namun tidak semua yang kita rancang akan menjadi suatu perjalanan yang sempurna. Sebaik macamana pun rancangan yang dah diaturkan, akan ada kesilapan yang datang kalau bukan dari kita, datang dari pihak lain.
Kejadian berlaku di Klang, Selangor. Menurut pemilik facebook Pn.Latipah Omar majlis perkahwinan anak saudara perempuannya berjalan lancar, dan pada malam sebelum kejadian ada majlis berzanzi di rumah pengantin perempuan.
Namun di masa jemputan majlis pada tengah hari berikutnya, pihak katering yang telah berjanji untuk hadir masak tidak memunculkan diri. Tindakan tidak bertanggungjawab dan cuai pihak tersebut membuatkan tuan rumah terpaksa memasak lauk sendiri dan sempat menyiapkan dua lauk dan selebihnya di beli dalam keadaan yang kelam kabut.


Menurut apa yang ditulis Latipah Omar, ketika majlis berlangsung, pihak katering masih tidak munculkan diri hingga tetamu yang lain dijamu dengan masakan mereka sendiri. Pihak katering hanya muncul selepas majlis selesai, pihak tetamu telah pun balik, dan khemah sudah dikemas.
“Jam 4.10 petang, majlis dah habis. Makanan baru sampai. Pergi baliklah ”
Namun atas izinNya majlis tetap berjalan lancar dan menjadi suatu pengajaran kepada semua jika berlaku perkara sedemikian lagi.
Nama catering juga tidak disiarkan mungkin atas sebab-sebab yang tidak diketahui pihak KS. Dan mereka juga telah memohon maaf kepada seluruh ahli keluarga pengantin.
Hmmm. Serammm Hari bahagia beb !!
sumber: Latipah Omar
 
Copyright © 2014 PenangKini.