BREAKING NEWS

Thursday, 27 July 2017

PKR, DAP sokong Mahathir hanya mahu tarik undi Melayu

Pelantikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahatir sebagai Pengerusi Pakatan dianggap hanya sekadar ‘alat’ kepada DAP dan PKR untuk meraih sokongan pengundi Melayu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Ketua Pergerakan Wanita UMNO Selangor, Datuk Norhayati Onn Ismail berkata, walaupun Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang terhadap Mahathir, ia bagaimanapun dilihat tidak ikhlas apabila masing-masing tidak menyatakan pendirian untuk melantiknya sebagai calon Perdana Menteri. 


“Mereka (Anwar dan Kit Siang) sebenarnya tahu bahawa Mahathir mempunyai agendanya sendiri. Kepura-puraan persetujuan Anwar dan Kit Siang tenyata hanyalah untuk memancing dan memujuk pengundi khususnya orang Melayu. - UTUSAN ONLINE.
 
Copyright © 2014 PenangKini.