BREAKING NEWS

Thursday, 13 July 2017

Polis dilarang bertatu atau berdepan tindakan tegas

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Supt Abdul Rani Alias berkata, Bukit Aman melarang anggota polis mencacah tatu atau tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang ingkar arahan itu.
Beliau dipetik Oriental Daily sebagai berkata, Bukit Aman mengeluarkan notis melarang anggota polis mencacah tatu pada 21 Jun lalu.

Berucap pada perhimpunan bulanan ibu pejabat polis daerah Ipoh pagi tadi, beliau berkata, tatu kini menjadi trend dan umum mengetahui corak tatu ada kaitan dengan budaya serta lambang kongsi gelap.

Oleh itu, katanya, mencacah tatu bertentangan dengan polis yang merupakan pasukan beruniform dan menyebabkan kecacatan dalam keseragaman pasukan keselamatan itu.
 
Copyright © 2014 PenangKini.