BREAKING NEWS

Wednesday, 19 July 2017

PRU-14: PAS P.Pinang Sedia Gempur Permatang Pauh


18 JULAI: PAS Pulau Pinang bersedia untuk bertanding kawasan Parlimen Permatang Pauh yang merupakan kubu kuat PKR pada Pilihan Raya Umum Ke-14 akan datang.

 Pesuruhjayanya, Mohd Fauzi Yusof dilaporkan berkata pada hari ini bahawa mereka sedang menanti lampu hijau daripada PAS Pusat dan Majlis Syura Ulama parti. Pada Ahad lalu, Naib Presiden PAS, Idris Ahmad bersama kepimpinan PAS negeri melancarkan jentera pilihan raya di kawasan Permatang Pauh yang mengambarkan bahawa mereka bakal bertanding di kawasan berkenaan.

 Bagaimanapun belum ada pengumuman rasmi dari parti itu sama ada memilih bertanding merebut kerusi Parlimen itu atau tiga lagi kerusi DUN di dalam parlimen berkenaan.

 Hasrat PAS negeri ini berkemungkinan bakal mewujudkan pentandingan sekurang-kurangnya tiga penjuru di kawasan berkenaan selain mempertahankan DUN Permatang disandang oleh Datuk Mohd Salleh Man yang juga satu-satunya kerusi parti Islam itu di negeri itu.

 Manakala kerusi Parlimen Permatang Pauh disandang Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan dua kerusi DUN iaitu Penanti dan Seberang Jaya juga dimiliki PKR.
 
Copyright © 2014 PenangKini.