BREAKING NEWS

Friday, 7 July 2017

Serah diri dan anda boleh pulang, Imigresen beritahu PATI

Pendatang asing tanpa izin (PATI) yang gagal mendapatkan E-Kad digesa agar menyerah diri untuk mengelak daripada didenda atau penjara, kata Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali.
Beliau berkata mereka yang menyerah diri hanya akan dikenakaan denda RM400 berbanding kompaun RM5,000 jika didapati tidak memiliki E-Kad.

“Jika kes dibawa ke mahkamah, denda minimum RM10,000 akan dikenakan.
Mereka (PATI) boleh menyerah diri dan akan dihantar pulang dengan segera, tetapi mereka akan disiasat terlebih dahulu sebelum diusir keluar.

“Di bawah program 3+1, mereka cuma perlu membayar denda sebanyak RM400 dan seterusnya membeli tiket kapal terbang dan pulang ke negara masing-masing.

“Mereka juga akan disenarai hitam dari memasuki Malaysia bagi satu tempoh tertentu di mana ia boleh mencecah sehingga 5 tahun,” kata Mustafar kepada pemberita selepas memberi ucapan pembukaan pada majlis taklimat mengenai Kad Pengembaraan Perniagaan APEC hari ini.

E-Kad merupakan pengesahan sementara pengambilan pekerja asing yang menggantikan dokumen perjalanan yang sah dari negara masing-masing.

Ia diberi percuma kepada majikan dan sah sehingga 15 Februari 2018 bagi membolehkan majikan mempunyai masa yang mencukupi bagi melengkapkan proses pendaftaran pekerja tanpa izin mereka.
Tarikh akhir bagi pendafataran E-Kad ialah 30 Jun 2017.
Mustafar berkata tiada kemungkinan tempoh memperoleh E-Kad akan dilanjutkan.
Beliau berkata kesesakan di depoh penahanan dijangka bakal berlaku berikutan proses Ops Khas E-Kad yang dijalankan hampir setiap hari.

“Namun demikian, proses pembersihan yang dilakukan dengan mempercepatkan siasatan dan tindakan proses pendakwaan atau pengusiran mampu menangani masalah tersebut,” katanya
Mustafar berkata sehingga hari ini, pihak Imigresen menahan lebih 2,000 pekerja asing dan 44 orang majikan di seluruh negara sejak tamat tempoh akhir pendaftaran.

Pendatang asing tanpa izin (PATI) yang gagal mendapatkan E-Kad digesa agar menyerah diri untuk mengelak daripada didenda atau penjara, kata Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali. Beliau berkata mereka yang menyerah diri hanya akan dikenakaan denda RM400 berbanding kompaun RM5,000 jika didapati tidak memiliki E-Kad. “Jika kes dibawa ke mahkamah, denda minimum RM10,000 akan dikenakan. Mereka (PATI) boleh menyerah diri dan akan dihantar pulang dengan segera, tetapi mereka akan disiasat terlebih dahulu sebelum diusir keluar.

“Di bawah program 3+1, mereka cuma perlu membayar denda sebanyak RM400 dan seterusnya membeli tiket kapal terbang dan pulang ke negara masing-masing. “Mereka juga akan disenarai hitam dari memasuki Malaysia bagi satu tempoh tertentu di mana ia boleh mencecah sehingga 5 tahun,” kata Mustafar kepada pemberita selepas memberi ucapan pembukaan pada majlis taklimat mengenai Kad Pengembaraan Perniagaan APEC hari ini.

E-Kad merupakan pengesahan sementara pengambilan pekerja asing yang menggantikan dokumen perjalanan yang sah dari negara masing-masing. Ia diberi percuma kepada majikan dan sah sehingga 15 Februari 2018 bagi membolehkan majikan mempunyai masa yang mencukupi bagi melengkapkan proses pendaftaran pekerja tanpa izin mereka. Tarikh akhir bagi pendafataran E-Kad ialah 30 Jun 2017. Mustafar berkata tiada kemungkinan tempoh memperoleh E-Kad akan dilanjutkan.

Beliau berkata kesesakan di depoh penahanan dijangka bakal berlaku berikutan proses Ops Khas E-Kad yang dijalankan hampir setiap hari. “Namun demikian, proses pembersihan yang dilakukan dengan mempercepatkan siasatan dan tindakan proses pendakwaan atau pengusiran mampu menangani masalah tersebut,” katanya Mustafar berkata sehingga hari ini, pihak Imigresen menahan lebih 2,000 pekerja asing dan 44 orang majikan di seluruh negara sejak tamat tempoh akhir pendaftaran.
 
Copyright © 2014 PenangKini.