BREAKING NEWS

Thursday, 6 July 2017

Silakan ikut cara politik LKS, PAS tidak ikut


CABARAN Naib Presiden PAN, Datuk Husam Musa supaya PAS menamakan calon Menteri Besar (MB) Kelantan menunjukkan keangkuhan dan kegopohan serta kemaruknya beliau dan Pakatan Harapan (PH) kepada kuasa dan jawatan. Malah, kenyataannya bahawa PAS tidak pernah mengemukakan nama calon sejak zaman Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat jelas telah memperlekeh dan menghina Almarhum.
Paling dangkal dan sempit fikiran apabila menjadikan perkara itu sebagai sandaran alasan kononnya PAS tidak jelas dengan perjuangan. Malangnya beliau membuat bandingan dengan PH yang dipuji lebih jelas perjuangan mereka. Bahkan tanpa segan silu, beliau ‘angkat bakul’ mengagumi sendiri dirinya layak ke jawatan MB. Walhal, pengisytiharan dibuat Penasihat DAP, Lim Kit Siang itu menjadi spekulasi dan polemik sesama pimpinan PH.
Lebih melucukan, DAP tiada satu kerusi pun di Kelantan untuk Husam sandarkan sokongan. Paling jelik, pengisytiharan Kit Siang itu membuktikan sikap campur tangan, percaturan dan berlagaknya DAP sebagai ‘Tuan’ PH. Jika Husam dan Kit Siang bermaruah, sepatutnya mereka terlebih dahulu menamakan calon Ketua Menteri Pulau Pinang yang kini kabur setelah Lim Guan Eng berhadapan skandal rasuah. Mereka berdua nampaknya punya banyak persamaan dalam ‘keterujaan dan keghairahan’
Pengumumkan calon MB lebih awal sebelum PRU (yang belum pun dipalu gendangnya) adalah gaya politik Kit Siang. Jika Husam kagum dengan cara politik itu, silakan. Kami tetap kagumi dan mengikuti cara politik yang dibawa Almarhum Datuk Ustaz Fadzil Mohd Noor, Tuan Guru Nik Aziz dan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang berasaskan al-Quran, as-Sunnah, ijmak ulama dan qiyas. Politik yang membawa kepada kesejahteraan dunia dan akhirat.
Pegangan itulah yang membawa kepada pendekatan dan cara gaya politik PAS termasuk tidak pernah membuat pengumuman sedemikian. PAS hanya melaksanakan perkara yang diimani, yakin dan pasti bukannya terbuai oleh mimpi dan angan-angan dan keputusan penuh kemungkinan masa hadapan. Pada Allah kami berserah, bertawakal dan berusaha demi meninggikan Islam.
USTAZ MOHD AKMAL KAMARUDIN
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak
5 Julai 2017 | 11 Syawwal 1438 – HARAKAHDAILY 5/7/2017
 
Copyright © 2014 PenangKini.