BREAKING NEWS

Tuesday, 25 July 2017

SPRM: Kenapa perlu jemput Kerajaan P.Pinang?

Kerajaan Pulau Pinang diterajui DAP tidak perlu menyalahkan pihak lain susulan keengganan mereka untuk menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR).
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Dzulkfli Ahmad menegaskan bahawa pelaksanaan IBR dibuat atas kapasiti sukarela.
“Saya tidak tahu Ketua Menteri, Lim Guan Eng. kenapa SPRM hendak kena jemput? Ini saya tidak pasti, negeri-negeri lain tidak ada tiada jemputan, kenapa Pulau Pinang pula nak kena jemput? hebat betul Pulau Pinang ini.
“Saya berasa hairan maka terpulang kepada kepimpinan Kerajaan Pulau Pinang hendak buat IBR atau tidak, saya senang sahaja dan tidak perlu berdolak-dalik perkara ini,” katanya selepas majlis IBR bersama PDRM di Pusat Latihan Polis, Isnin.
Sebelum ini Guan Eng dilaporkan berkata kerajaan negeri belum menerima jemputan SPRM untuk melaksanakan IBR.
Dzulkifl berkata inisiatif menandatangani IBR menunjukkan komitmen dan keseriusan sesebuah negeri atau organisasi itu untuk bebas daripada gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
“SPRM tidak mahu paksa sekiranya paksa akan jadi tidak elok maka tidak nampak kesungguhan dan keseriusan mereka, sebab itu ia dibuat secara sukarela.
“Sekiranya mana-mana negeri nak buat IBR mereka akan menghubungi SPRM untuk buat program IBR sebagaimana yang dijalankan Polis Diraja Malaysia hari ini,” katanya.
Sementara itu ketika ditanya mengenai perkembangan siasatan terhadap Felda Investment Coorperation (FIC) berhubung pembelian sebuah hotel mewah berharga RM330 juta di London, Dzulkifli berkata pihaknya masih menjalankan siasatan.
“Pada Jumaat lepas SPRM telah menahan dua individu yang disyaki memanipulasi harga hotel, maka akan ada beberapa tangkapan lagi dalam masa terdekat, InsyaAllah,” katanya.
Individu yang ditahan merupakan pengarah sebuah syarikat perundingan pengurusan aset berusia 45 tahun, manakala seorang lagi adalah Ketua Unit Harta sebuah syarikat perkhidmatan pos yang berusia 36 tahun.


 
Copyright © 2014 PenangKini.