BREAKING NEWS

Saturday, 15 July 2017

SPRM kesal Kerajaan P.Pinang enggan tandatangani IBR


15 JULAI: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kesal dengan keengganan Kerajaan Pulau Pinang menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR).
Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Dzulkifli Ahmad berkata kerajaan diketuai DAP itu sepatutnya menunjukkanteladan kepada rakyat bahawa mereka memandang serius isu rasuah serta salah guna kuasa.
“Jangan hanya bercakap berdegar-degar mengenai isu rasuah dan salah guna kuasa, minta SPRM ambil tindakan dan pelbagai lagi, tetapi mereka sendiri tidak mahu nyatakan ikrar bahawa mereka sendiri komitmen serta keberanian untuk menyatakan mereka tolak dan benci rasuah.
“Jadi saya rasa peliklah kalau negeri-negeri lain boleh tandatangan IBR, Kelantan dan Selangor sudah menyatakan kesediaan untuk melaksanakan IBR tinggal satu negeri sahaja. Terpulanglah pada rakyat untuk menilai tentang isu ini,” katanya semalam.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri SPRM bersama masyarakat Cina Pulau Ketam, Klang malam semalam.
Rabu lepas, kerajaan Pulau Pinang menyifatkan prinsip Cekap, Amanah dan Telus (CAT) yang dilaksanakan di negeri itu sejak 2008 lebih berkesan dalam membasmi rasuah serta penyelewangan kuasa berbanding menandatangani IBR.
Sebelum itu, Dzulkifli dilaporkan berkata bahawa tiga kerajaan negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan masih belum memberikan komitmen untuk menandatangani IBR.
IBR merupakan komitmen sesebuah intitusi untuk mengekang rasuah serta penyalahgunaan kuasa di negara ini.


 
Copyright © 2014 PenangKini.