BREAKING NEWS

Tuesday, 11 July 2017

Tabung Haji Serah Katil Elektrik Untuk Rumah Ehsan Warga Emas (REWS) Kuala Kubu Bharu




Kuala Kubu Bharu, Selangor:  11 Julai 2017, Lembaga Tabung Haji hari ini telah menghulurkan sumbangan berbentuk dua buah katil hospital elektrik bernilai RM8,904.00 kepada Rumah Ehsan Warga Emas (REWS) bagi membantu meringankan beban keperluan pembelian peralatan penghuni rumah ehsan tersebut.

Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Panglima Abdul Azeez Abdul Rahim, Pengerusi Lembaga Tabung Haji.

TH turut menyerahkan sumbangan hamper berupa makanan kesihatan kepada 116 orang penghuni REWS yang terdiri daripada warga emas yang menghidap penyakit nyanyuk dan lumpuh.

Program Alfiat adalah salah satu daripada cabang program Tanggungjawab Sosial Korporat TH (CSR) merupakan program bantuan kesihatan khusus membantu dan meringankan bebanan kewangan golongan asnaf yang menghidapi masalah kesihatan kritikal yang memerlukan alat bantuan sokongan.

Turut hadir sama di majlis tersebut ialah YB Datuk Rosni Sohar, Ahli Lembaga Pengarah TH, YBhg. Dato' Badlisyah Abdul Ghani, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Encik Samri Sanuddin, Pengerusi Lembaga Pelawat REWS, Hajah Mariani Mohamed Saad, Pengetua Rumah Ehsan Warga Emas serta barisan pengurusan kanan dan anggota TH.










 
Copyright © 2014 PenangKini.