BREAKING NEWS

Friday, 14 July 2017

Tak Masuk Akal, Kontraktor Terowong P.Pinang 'Setahun Jagung' Lagi Kaya Daripada Syarikat Bursa Malaysia


Syarikat kontraktor yang ditugaskan untuk membina terowong dasar laut Pulau Pinang serta tiga lebuh raya yang menghubungkan dengan terowong berkenaan dikatakan mencatatkan keuntungan luar biasa.
Timbalan Pengarah Pasukan Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BNSC) Datuk Eric See-To sebelum ini menjelaskan, syarikat dengan tujuan khas (SPV) mencatatkan keuntungan sebelum cukai RM61.5 juta ringgit sedangkan kutipan jualan RM51.8 juta baru sahaja ditubuhkan tiga tahun lalu.
Katanya, rujukan terhadap kedudukan kewangan syarikat berkenaan berakhir Ogos 2015 menurut Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan syarikat berkenaan lebih kaya berbanding syarikat kontraktor yang tersenarai di Bursa Malaysia,
"Pembinaan lebuh raya masih belum berjalan dengan penangguhan sekurang-kurangnya tiga tahun setengah, ianya mencadangkan bahawa hasil dan keuntungan pada tahun berkenaan datangnya daripada yuran rundingan RM209 juta dan/atau daripada tanah yang diberikan kerajaan negeri Pulau Pinang sebagai bayaran," ujarnya.
BNSC sebelum ini mendedahkan kerajaan negeri Pulau Pinang menyerahkan beberapa bidang tanah tambak di Tanjung Tokong sebagai bayaran kepada konglomerat CZBUCG untuk melakukan kajian kebolehlaksanaan untuk tiga buah lebuh raya.
Pemberian tanah kerajaan negeri bernilai RM209 juta sebagai bayaran penuh kepada konsortium Zenith-BUCG (CZBUCG) dianggap BNSC sebagai keterlaluan bagi sebuah 'kertas kerja'.

Sumber:http://www.malaysiandigest.com/bahasa-malaysia/686553-tak-masuk-akal-kontraktor-terowong-p-pinang-setahun-jagung-lagi-kaya-daripada-syarikat-bursa-malaysia.html
 
Copyright © 2014 PenangKini.