BREAKING NEWS

Friday, 14 July 2017

Tanah runtuh di Pulau pinang timbus rumah ibadat



GEORGETOWN: Sebuah rumah ibadat ranap ditimbus tanah runtuh berdekatan Taman Lau Geok Swee, Paya Terubong pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi tadi, kawasan bukit berdekatan taman perumahan itu tiba-tiba runtuh akibat hujan lebat yang melanda sejak awal pagi. Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak , Mohamad Yusni Mansor, berkata pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 10.40 pagi. 

"Sebaik tiba, kita dapati terdapat insiden tanah runtuh dan pokok tumbang di kawasan berkenaan menyebabkan sebuah rumah ibadat rosak teruk. "Setakat ini kita masih menunggu pihak pemaju bagi mendapatkan peralatan bagi membersihkan pokok tumbang dan mengesan jika terdapat mangsa," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini, hari ini.









 
Copyright © 2014 PenangKini.