BREAKING NEWS

Monday, 10 July 2017

Tiga negeri pembangkang tidak komited perangi rasuah

10 JULAI:  Tiga kerajaan negeri pembangkang membabitkan Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan dilihat tidak komited untuk memerangi gejala rasuah serta penyelewangan, kata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Dzulkifli Ahmad berkata semua negeri sudah menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR), bagaimanapun kerajaan negeri berkenaan hanya pandai bercakap kepada umum tanpa mahu mengadakan sebarang kerjasama dengan pihaknya.
“Di peringkat negeri hanya tinggal tiga negeri sahaja yang belum melaksanakan ikrar bebas rasuah iaitu Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan, yang lain semua dah buat bebas rasuah maknanya program ini bersifat sukarela.
“Kita menunggu jemputan negeri ini untuk kita selesaikan menunjukkan komitmen semua negeri dalam Malaysia nyatakan mereka begitu komited dan prihatin untuk bebaskan dan pastikan pentadbiran kerajaan negeri di seluruh negara bebas daripada rasuah dan salah guna kuasa,” katanya.
Dzulkifli berkata demikian selepas Program Gerakan Revolusi Anti Rasuah (GERAH) di Lobi Kompleks Pakar dan Rawatan Harian (SCACC), Hospital Kuala Lumpur hari ini.

GERAH diwujudkan bagi menambah kesedaran orang ramai berkaitan bahaya rasuah serta keperluannya untuk diperangi dalam tempoh tiga tahun akan datang.
 
Copyright © 2014 PenangKini.